Cue Health (HLTH) mencipta nama dengan ujian pantas COVID-19 di rumah, mesin dengan harga yang mahal juga untuk isi rumah iaitu $200 (RM1000). Kini mereka memperkenalkan lagi kit 13 ujian baharu pada minggu ini. Namun Kit di rumah baharu ini diproses di makmal, dengan keputusan tersedia dengan cepat pada aplikasi syarikat.
Ketua Pegawai Perubatan Cue, David Tsay, memberitahu Yahoo Finance bahawa syarikat itu sedang menjalankan lebih banyak ujian untuk mesin di rumah, tetapi kit ujian baharu ini adalah untuk memenuhi permintaan pasaran.
“Kami mengembangkan senarai produk yang berfungsi dengan sistem pemantauan kesihatan Cue,” kata Tsay.
Itu termasuk ujian selesema, ujian kombo selesema/COVID serta ujian Mpox. Terdapat juga ujian klinikal yang dijalankan untuk RSV, klamidia dan gonorea serta jangkitan kelamin (STI) yang lain, bersama-sama dengan strep.
Tsay berkata ujian baharu itu akan membantu dalam mengembangkan barisan produk mereka secara keseluruhan. Kebanyakan ujian yang dipilih sudah mempunyai beberapa persaingan dalam pasaran tetapi ia merupakan bidang yang dianggap penting oleh syarikat, seperti kesihatan jantung, kesihatan lelaki dan wanita, kesihatan metabolik dan kesejahteraan.
Ujian boleh dipesan pada aplikasi atau laman web dan termasuk segala-galanya untuk diproses oleh makmal.
Tetapi ini juga melibatkan kos agak tinggi untuk kebanyakan orang. DI waktu yang sama, perbincangan dengan pihak insuran dan kerajaan bagi menampung atau bantuan kepada pesakit masih diteruskan. Ujian mereka dengan harga $69 (RM300) untuk pemeriksaan kanser kolon dan meningkat kepada $224 (RM1500) untuk panel kesihatan wanita. Terdapat juga harga keahlian bagi peserta Cue+ untuk menikmati diskaun, tetapi yuran keahlian itu sendiri ialah $20 (RM100) sebulan.
Kit pengumpulan makmal bukanlah perkara baru, tetapi mereka melihat minat yang meningkat semasa wabak itu. Di mana hanya terdapat segelintir pemain sebelum ini, kini terdapat banyak syarikat — termasuk beberapa syarikat ujian terbesar di negara ini.
“Saya rasa apa yang kita lihat dalam wabak itu benar-benar mempercepatkan trend masyarakat keseluruhan yang sudah pun menuju ke arah penjagaan kesihatan yang lebih mudah dan senang diakses,” kata Tsay.
Ketua Pegawai Eksekutif Labcorp (LH), Adam Schechter memberitahu Yahoo Finance lewat tahun lepas bahawa gergasi ujian makmal itu mencatatkan trend itu, dan kit pengumpulan di rumah menambah kemudahan melalui rangkaian lokasi fizikal syarikat.
“Kami melihat semakin ramai orang memilih untuk melakukan ujian di rumah,” kata Schechter.
Labcorp melancarkan kit di rumahnya tahun lepas, dengan pelbagai ujian yang lebih luas yang berharga antara $29 (RM150) hingga $219 (RM1100).
Tetapi Schechter menambah bahawa langkah itu tidak mengabaikan doktor sama sekali.
“Saya rasa sangat mengagumkan bahawa pengguna kini mempunyai semakin banyak pilihan untuk membantu mereka mengakses penjagaan kesihatan dari kemudahan rumah mereka,” kata Tsay.
Beliau berkata bahawa pakar perubatan akhirnya akan mendapat manfaat daripada keputusan makmal kerana ia boleh mempercepatkan diagnosis dan kerja rawatan.
“Saya mendengar daripada rakan sekerja doktor saya bahawa walaupun sekarang, kebanyakan penyampaian penjagaan kesihatan mereka masih dilakukan dari jauh, walaupun sekatan wabak ditarik balik,” kata Tsay.
“Pengguna telah benar-benar membiasakan diri untuk mengakses penjagaan kesihatan dengan lebih cepat, dan terus mahukan kemudahan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan,” tambahnya.
Ujian COVID-19 kekal sebagai produk paling berjaya syarikat. Walaupun permintaan ujian berkurangan, syarikat itu menjalin hubungan dengan Jabatan Kesihatan Minnesota untuk menyediakan ujian Cue percuma untuk orang ramai.