spot_img
spot_img

Messi mahu gaji sama Mbape

spot_img

PARIS: Lionel Messi kemungkinan besar akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas perbincangan mengenai kontrak baharu belum ada kata putus.

Kontrak bintang Argentina berusia 35 tahun itu akan tamat pada 30 Jun, sedang berbincang dengan PSG berkenaan gajinya.

Kelab di Arab Saudi ingin mendapatkan khidmat pemain itu dengan meletakkan bayaran sebanyak 600 juta euro (RM2.86 bilion) untuk beraksi di negara teluk itu. Jika ini berlaku, Messi mengikuti jejak bintang Portugal, Cristiano Ronaldo yang kini bermain untuk kelab Al-Nassr FC.

- Advertisement -

Bagaimanapun, kelab Arab Saudi, Al Hilal dilaporkan menawarkan perjanjian bernilai 194 juta pound (RM1.05 bilion) semusim untuk menandatangani Messi.

Pemain Terbaik Dunia itu juga tidak menolak untuk terus me­netap di Paris sekiranya tawaran diberikan kelab gergasi Perancis tersebut berbaloi dengan penanda aras gajinya mesti sama dengan Kylian Mbappe yang ketika ini menerima 70 juta euro (RM333 juta) setahun berban­ding dirinya meraih 40 juta euro (RM191 juta) setahun.

Permintaan itu dikatakan mustahil untuk dipenuhi PSG dan kelab tidak akan menuruti semua yang dimahukan Messi, berbanding Mbappe yang masih muda daripada Messi.

- Advertisement -

Dalam masa sa­ma, PSG juga ti­dak mahu me­lepaskan Mbappe kepada Real Madrid menjadi faktor utama mereka menawarkan tawaran lumayan buat bintang Perancis itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img