spot_img
spot_img

DAP tidak belajar dari kesilapan atau menjadi mangsa ?

spot_img

Putrajaya : Sentimen perkauman dan agama kini semakin didengari. Ada sahaja yang kita boleh membacanya di sosial media mahupun akhbar arus perdana. Daripada filem, hingga ke program kementerian, telah menjadi isu.

PRU 14 lalu, kerajaan yang sama Pakatan Harapan (PH) berjaya  memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan. Pembangkang adalah UMNO dan PAS. Isu ketuanan Melayu dan agama paling keras dimainkan oleh pembangkang. Muafakat Nasional tertubuh. DAP adalah musuh nombor satu terus dimainkan. DAP akan menghakis hak istimewa orang Melayu dan banyak lagi naratif buruk ditakutkan kepada orang Melayu oleh pembangkang ketika itu.

Naratif itu begitu kuat kerana dipelopori oleh UMNO melalui jenteranya yang efisien. Sokongan terhadap UMNO meningkat dan berjaya memenangi banyak pilihanraya kecil selepas itu. PH di bawah Perdana Menteri kali ke 2, Tun Dr Mahathir ketika itu menghadapi banyak masalah dengan naratif DAP yang ditimbulkan pembangkang yang tidak berjaya ditepis oleh partinya, Bersatu.

- Advertisement -

Menteri Kewangan DAP ketika itu, Lim Guan Eng juga dimomokkan dengan banyak menyusahkan peniaga Melayu, membatalkan kontrak-kontrak peniaga Melayu dan GLC. Ditambah lagi kerajaan PH ketika itu mahu menyentuh isu hak istimewa raja Melayu dan banyak lagi.

Kini nampaknya DAP masih tidak belajar atau mereka kurang peka, sensitif. Program Impact Malaysia adalah satu ‘bola tanggung’ kepada pembangkang sekarang. Apa perlunya ingin melaksanakan ziarah ke rumah ibadat ? Itu bukan kerja kerajaan. Ada lebih banyak isu mendesak yang diperlukan rakyat untuk diberikan perhatian oleh kerajaan. Jika Hannah Yeoh jujur ingin inklusif atau pupuk perpaduan, perjuangkan sekolah satu aliran. Perbedaan kaum sangat membimbangkan kini apabila anak-anak Malaysia tidak bergaul dari kecil. Berani menteri DAP perjuangkan ini ? Atau dari Amanah ? PKR ? UMNO, PAS, Bersatu?Belum ada mana-mana parti politik berani perjuangankan perkara yang amat penting bagi masa depan negara ini kecuali negarawan Tun Dr Mahathir Mohammad.

Pembangkang kali ini ialah Perikatan Nasional (PN). Walaupun propaganda mereka tidak begitu kuat seperti UMNO dahulu dari segi jentera dan akar umbinya, tetapi sekurang-kurangnya kini mereka berjaya menggagalkan usaha kerajaan perpaduan untuk menarik dan membina sokongan orang Melayu kampung dan konservatif terhadap kerajaan. Golongan Melayu konservatif ini adalah golongan Melayu majoriti di Malaysia. Manakala Melayu seperti pengarah Mentega Terbang itu boleh dikira dengan jari.

- Advertisement -

UMNO yang berada di dalam kerajaan perpaduan sekarang sedang leka dengan pemilihan mereka, hanya berdiam diri berkenaan isu kaum. Tidak seperti sewaktu mereka menjadi pembangkang, hari-hari menyajikan isu ketuanan Melayu. Jika sikap berdiam diri ini berterusan juga, tidak mustahil UMNO mengulangi kesalahan Bersatu yang hilang sokongan orang Melayu sewaktu pasca PRU14.

Kesimpulannya di sini, jika DAP mahu kekal berada di dalam kerajaan, mereka perlu belajar untuk mengetahui yang manakah isu sensitif yang tidak perlu diadakan atau dengan kata lebih mudah, lebih baik ‘kurang bercakap’.

Bagi parti Melayu pula, jangan hanya bila jadi pembangkang sahaja, anda menjadi juara orang Melayu, apabila berada di dalam kerajaan, anda diam seribu bahasa.

Rakyat telah melihat UMNO, PAS, dan juga Bersatu, pernah bersama DAP demi kuasa, dan rakyat juga pernah melihat bagaimana tiga parti ini telah ‘menggunakan DAP’ untuk kembali merampas kuasa.

 

Yakni Sabari – USM

(pendapat peribadi penyumbang penulisan ini tidak melambangkan pendirian Berita Tular)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img