spot_img
spot_img

MARTRADE promosi industri halal negara kepada Belanda

spot_img

Kuala Lumpur : Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui agensi promosinya MARTRADE (Malaysia External Trade Development Corporation) sedang mempromosi sektor halal negara di Belanda, khusus kepada warga perniagaan di sana.

Pada masa yang sama mempromosikan MIHAS (Malaysia International Halal Showcase) tahun ini.

Lebih 70 pengusaha sektor halal makanan dan servis turut serta pada program yang disertai MARTRADE; Halal Quality C0ntrol Information Day 2023 di sana.

- Advertisement -

Duta Malaysia di Belanda, Datuk Nadzirah Osman berkata pasaran halal berpotensi kerana mempunyai 1.9 bilion penduduk Islam, lebih kurang 25% populasi penduduk dunia. Industri halal bukan hanya tertumpu pada pasaran Islam, namun kepada bukan Islam juga dan menjadi penggerak kepada ekonomi dunia.

Kata Datuk Nadzirah lagi, amat penting sijil halal perlu ditingkatkan tahap kualiti proses permohonan, supaya lebih telus dan diyakini oleh para pengguna global. Ia juga perlu mempunyai ciri-ciri jejak pengesan (tracibility) untuk mengetahui setiap perkara atau kandungan terhadap sesuatu produk itu.

Ketua delegasi martrade di Rotterdam, Emeliana Zainol pula berkata, syarikat-syarikat Malaysia perlu segera mengeluarkan barangan halal yang mendapat permintaan tinggi di Eropah seperti makanan yang berkhasiat tinggi; tiada gula, tiada laktosa, tiada lemak tepu, makanan berasaskan tumbuhan dan sebagainya.

- Advertisement -

Belanda adalah rakan dagangan ke dua terbesar di Eropah bagi Malaysia. Nilai dagangan tahun 2022 sahaja mencecah RM48.04 bilion Nilai ekspot Malaysia ke Belanda adalah bernilai RM42.08 bilion.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img