spot_img
spot_img

Hafidz CEO Super App Capital A

spot_img

KUALA LUMPUR: Capital A Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Mohamad Hafidz Mohd Fadzil sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO) airasia Super App, menggantikan Amanda Woo, yang akan meletak jawatan berkuat kuasa 1 April 2023.

(Mohamad Hafidz Mohd Fadzil)

- Advertisement -

Dalam satu kenyataan hari ini yang dipetik dari Bernama,  Capital A berkata pelantikan itu susulan pengumuman peralihan kepimpinan baru-baru ini di airasia Digital, yang termasuk anak syarikat airasia Super App dan BigPay.

Sementara itu, Colin Currie, yang mengambil dua peranan sebagai CEO airasia Digital dan presiden komersial Capital A, akan mengetuai usaha untuk menjalin kerjasama yang lebih erat antara airasia Super App dan BigPay.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Amanda di atas dedikasi dan sumbangannya dalam membawa Airasia Super App ke tempat seperti sekarang.

- Advertisement -

“Sejak 2012, beliau telah menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan perniagaan di seluruh Asean dan, dalam dua tahun lalu, mengembangkan aplikasi super di seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina meningkatkan pengguna aktif bulanan kepada 12 juta menjelang akhir 2022 dan meningkatkan status ejen pelancongan dalam talian (OTA) airasia Super App,” kata Currie.

Sementara itu, Mohd Hafidz berkata keutamaan tugasnya sekarang ialah meneruskan visi untuk airasia Super App dan fintech melalui kerjasama lebih erat dengan barisan perniagaan Capital A yang lain, termasuk BigPay.

“Saya juga berharap untuk mengembangkan dan membangunkan Airasia Super App sebagai kedai sehenti untuk perjalanan, melakukan penukaran untuk hotel dan penerbangan, termasuk penerbangan bukan AirAsia,” tambahnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img