spot_img
spot_img

Etnik bukan Melayu belum dipercayai sepenuhnya untuk jadi Ketua Kerajaan

spot_img

Di dalam sosial media yang aliran Inggeris atau bahasa selain bahasa Melayu (di mana medium bahasa kegemaran bukan Melayu Malaysia), mereka mempersoalkan bahawa tidak mustahil kaum bukan Melayu Malaysia boleh menjadi ketua kerajaan, sama seperti negara-negara maju lain.

Mereka memberi contoh seperti pelantikan Barack Obama, Rishi Sunak, Thaksin Shinawatra dan Corazon Aquino sebagai ketua kerajaan yang tidak pun ditegah perlembagaan negara masing-masing, dengan harapan akan berlaku di Malaysia.

Tetapi hujah tersebut adalah angan-angan mat jenin, ia langsung tidak berpijak di bumi nyata menurut PROFESOR Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong ialah Felow Majlis Profesor Negara (MPN) dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA).

- Advertisement -

(Profesor Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong)

Menurut Dr.Teo, menjadi Perdana Menteri bukan semata-mata berasaskan kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan sahaja, malah wajib didasarkan pada watak dan sikap setiap seorang etnik Cina di negara ini sebagai hasilan daripada proses pembentukan negara bangsa yang dilalui. Ini untuk memastikan jiwa raga kenegaraan yang bukan sahaja amat kuat, tetapi langsung tidak berbelah bahagi ekoran hasilan proses pembentukan negara bangsa yang berjaya.

- Advertisement -

Secara jujur Dr. Teo mengakui etnik Cina Malaysia tidak begitu mendalami jiwa raga kenegaraan. Hal ini dapat dilihat pada sebilangan besar etnik Cina walaupun sebagai warganegara Malaysia khususnya golongan muda, masih tidak mempunyai pengetahuan baik apatah lagi penguasaan tinggi terhadap bahasa Melayu, iaitu bahasa negara ini waima setelah melalui proses pembentukan negara bangsa sejurus penubuhan negara puluhan tahun dahulu.

(Etnik Cina Indonesia lebih menjiwai budaya Indonesia dengan fasih berbahasa Indonesia serta mempunyai nama bangsa Indonesia Raya, berbanding etnik Cina Malaysia Malaysia yang kuat mengekalkan budaya bahasa tanah besar China)

Pemikiran bahawa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 43 semata-mata tanpa perkiraan lain untuk melayakkan mereka daripada etnik bukan dominan di negara ini menjadi ketua kerajaan adalah bersifat rakus selain langsung tidak memahami asas kenegaraan, kata Dr.Teo.

Seperkara penting yang dilupai malah sengaja tidak mahu disebut etnik Cina dalam soal pelantikan ketua kerajaan ini ialah proses pembentukan negara bangsa yang bersifat asimilasi.

Ia tidak dapat disangkal sebagai asas didapati amat berjaya untuk membentuk jiwa raga kenegaraan yang bukan sahaja utuh pada setiap masa tetapi lestari dari satu generasi kepada yang kemudiannya dalam kalangan rakyat dari etnik bukan dominan.

Ini amat berlainan dengan Malaysia yang memilih bentuk integrasi yang memperlihat hasilan jauh terkebelakang. Dengan ini, jiwa raga kenegaraan yang terhasil itu didapati tidak dapat menonjolkan identiti nasional bagi negara dan identiti budaya bagi rakyat dalam kalangan warganegaranya, antaranya oleh etnik Cina.

Sehubungan ini, Dr.Teo berkata etnik Cina pada umumnya didapati tidak menghayati sejarah, tradisi, pemahaman dan aspirasi, sentimen dan gagasan serta budaya sepunya daripada etnik dominan untuk ikut menganggap Malaysia sebagai tanah air bersama.

Dr. Teo yakin jika keadaan berterusan begini, amat sangat mustahil malah langsung tidak mungkin etnik Cina boleh memimpin negara ini yang bukan sahaja perlu diterima baik etnik dominan tanpa sebarang kecurigaan. Tetapi lebih penting lagi ialah pelantikan itu harus merupakan hakikat bahawa setiap seorang etnik Cina di negara ini sudah pun betul-betul mengidentifikasi dirinya pada tahap tertinggi dengan etnik dominan.

Inilah sebenarnya berlaku di merata tempat lain apabila pelbagai sosok tertentu dalam kalangan etnik bukan dominan dilantik untuk menerajui negara yang didatangi mereka. Dengan kata lain, terdapat berlakunya asimilasi penuh lagi tuntas dengan etnik dominan yang telah menjangkau ke tahap psikologi dan bukannya pada persekitaran sosial semata-mata.

Hal begini langsung tidak berlaku pada etnik Cina Malaysia yang didapati masih liat untuk berintegrasi walhal amat ringan tuntutannya berbanding dengan asimilasi yang lebih berat tagihannya. Oleh itu, adalah sama sekali tidak layak untuk etnik Cina mengimpi seorang daripada mereka patut diangkat menjadi ketua kerajaan nanti apatah lagi mendesaknya agar cepat dilakukan.

(Sistem sekolah jenis kebangsaan di negara ini di mana etnik Cina berkeras mahu mempertahankannya yang mengasingkan anak-anak dari bergaul akan menyebabkan jurang semakin jauh antara kaum dari segi integrasi dan pemahaman sosial malah tiada usaha untuk kembalikan anak-anak belajar di bawah satu kawasan)

Selagi etnik Cina Malaysia tidak bersedia untuk mula berintegrasi ke dalam struktur sosial Melayu dengan ikhlas selain meluas antaranya untuk menguasai bahasa Melayu di samping yang lain-lainnya, mereka hanya mat jenin yang asyik berangan tanpa adanya sebarang usaha gigih.

Untuk merealisasikan impian ini, etnik Cina wajib berusaha untuk pertamanya, gigih berintegrasi ke dalam struktur sosial Melayu seperti yang dipersetujui pada Perjanjian Etnik menjelang kemerdekaan dahulu sebagai kontrak sosial yang wajib dilangsaikan. Ini amat penting bukan sahaja untuk menjadikan mereka warganegara baik tetapi yang boleh dipercayai oleh etnik dominan untuk menerajui negara ini.

Lebih afdal lagi apabila mereka sanggup berasmilasi. Ini kerana ia satu-satunya cara dan dapat dilihat pada yang berhijrah ke negara lain, antaranya Australia di mana mereka diterima oleh etnik dominan sebagai barisan kepimpinan benua itu. Justeru, untuk etnik Cina diterima sebagai pemimpin utama di negara ini, mereka wajib memiliki jiwa raga kenegaraan Malaysia yang sama sekali tidak boleh lagi dicurigai etnik dominan setelah berasmilasi sepenuh-penuhnya.

Ia harus dilakukan dengan batin mereka yang bukan sahaja sarat tetapi berlebihan dengan konsepsi dan fenomena Melayu selaku etos kebangsaan.

Inilah sebetulnya yang berlaku, iaitu asimilasi sepenuh-penuhnya oleh setiap seorang etnik Cina sebelum pemimpinnya diangkat menerajui pemerintahan mana-mana negara yang mereka diami. Ia juga wajib begini di Malaysia untuk merealisasikan impian etnik Cina ini.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img