spot_img
spot_img

Apa rasionalnya GTA bersama PN ?

spot_img

PUTRAJAYA: Desas-desus mengatakan gabungan negarawan Tun Dr Mahathir, Gerakan Tanah Air (GTA) mungkin akan mengambil pendirian membentuk pakatan bersama Perikatan Nasional (PN) sebagai satu usaha membentuk gabungan kekuatan parti Melayu terbesar di negara ini.

Pengerusi PN ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini merupakan seorang ‘kluster mahkamah’ yang dikenakan tujuh pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram. Beliau juga Presiden Bersatu yang menjadi Perdana Menteri selepas ‘rampasan kuasa’ daripada Langkah Sheraton. Tun Dr Mahathir dari parti yang sama sewaktu itu dibuang dari Bersatu.

Politik Melayu tidak sepintar masyarakat Cina. Politik Melayu lebih kepada emosi dan ketaksuban agama. Orang Cina berpolitik atau mengundi dengan melihat yang mana memberi lebih banyak kebaikan kepada bangsa mereka. Jika Melayu bersatu-padu, orang Cina pasti akan bersama gabungan Melayu yang kuat kerana melihat ia membawa kestabilan kepada perniagaan. Tetapi jika Melayu berpecah-belah, orang Cina akan ‘mengambil kesempatan’ dengan menjadi King Maker dalam membentuk kerajaan persekutuan. Sebab itu kini tiada sokongan kaum Cina kepada MCA, jauh sekali parti Gerakan.

- Advertisement -

Ingin mendapat undi Cina ? Pastikan orang Melayu bersatu-padu. Sejarah telah membuktikannya dari era Barisan Nasional.

Kembali kepada gabungan GTA dan PN, penganalisis percaya pengundi Melayu di mana polanya adalah di perkampungan atau separa bandar mungkin akan menyokong gabungan ini walaupun gabungan inilah yang pernah menyebabkan kucar-kacirnya politik negara. Pasca PRU14 melihat bagaimana kerapuhan kerjasama dari pemimpin-pemimpin blok ini.

Manakala masyarakat Melayu pola bandar dan berpendidikan akan lebih melihat kepada kestabilan dan ‘sejarah’ yang pernah berlaku. Walaupun mereka berasa berat dengan kerjasama UMNO-PH, di mana di dalam gabungan tersebut adanya DAP, namun ini adalah perkara yang difahami oleh golongan ini, iaitu move forward yang diperlukan negara. Golongan Melayu segmen ini faham bahawa sentimen keagamaan dan perkauman yang keterlaluan akan menyebabkan negara mundur ke belakang.

- Advertisement -

Masyarakat Melayu bandar ini juga dapat ‘menghidu’ terdesaknya GTA mahupun PN untuk kembali berkuasa walaupun di antara mereka pernah saling tuduh menuduh. Tetapi GTA dan PN sedar bahawa untuk menumbangkan UMNO-PH, semua sokongan, termasuk musuh lama, dalam kepompong undi Melayu, perlu berada di dalam satu khemah. Persoalannya adakah gabungan ini akan membawa kestabilan ? Adakah masalah pasca PRU14 dijamin tidak akan berulang ? Siapakah selepas Tun Dr Mahathir ?

Di dalam sanubari rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu (bukan ahli mana-mana parti politik atau ahli politik biasa), mereka mahukan sebuah parti yang kuat seperti UMNO dahulu. Namun kini dikelirukan dengan banyaknya parti politik mewakili orang Melayu. Ini merugikan orang Melayu. Orang Cina hanya ada MCA ataupun DAP. Kini DAP sahaja yang mereka memberikan sokongan.

Bersatu dilihat sebagai alternatif baik kepada UMNO untuk alaf baru. Tetapi sayang sekali parti itu tidak dipimpin untuk hala tuju jangka panjang demi memperkasakannya. Objektif Bersatu sekarang hanya untuk menjadi Perdana Menteri dan mengelak daripada didakwa. Jadi apa bezanya Bersatu dengan UMNO ?

Cara yang terbaik untuk menguatkan politik orang Melayu ialah dengan menyeimbangkan kekuatan PH. Sedia maklum gabungan PH adalah parti-parti majmuk. PH kuat adalah kerana majoriti Cina dan India bersama mereka dicampur dengan Melayu bandar di Selangor dan Pulau Pinang.

UMNO sebagai parti Melayu tertua harus mencari sekutu. Sama ada PAS atau Bersatu. Tetapi UMNO sebagai parti Melayu yang sederhana dan progresif, lebih sesuai untuk mempunyai sekutu bersama Bersatu. Jika kedua-dua parti ini bersama, kekuatan orang Melayu akan menyamai kekuatan PH, check and balance.

Walaupun Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Negarawan Tun Dr Mahathir Mohammad mengadakan pertemuan baru-baru ini, demi untuk kekuatan PN bagi menarik pengundi Melayu, tanpa UMNO politik negara tidak akan stabil kerana Melayu tetap berpecah-belah.

Mungkin cita-cita PN untuk menawan kesemua enam negeri semasa PRN akan datang ini merupakan suatu penanda aras untuk mereka di PRU16 kelak (jika berjaya), tetapi GTA tetap dengan pendirian tidak akan bertanding pada PRN ini dan hanya ingin berkempen menyokong calon PN sahaja. Calon-calon GTA yang bertanding dalam pilihanraya sebelum ini semuanya tidak mendapat wang pertaruhan semula. Adakah ini suatu langkah bijak bagi PN terutamanya Bersatu untuk menjilat kembali ludah mereka sendiri setelah membuang rakan-rakan mereka itu ke Pejuang, dan kini parti itu tidak relevan dan kuat, ingin diambil untuk bersama semula ? Rakyat melihat ini sebagai suatu tindakan terdesak dan bukan melambangkan kewarasan mahupun kekuatan.

Rasionalnya, parti-parti Melayu sederhana dan progressif perlu kembali bersatu bersama UMNO atau UMNO perlu berjiwa besar kembali mempelawa parti-parti ini ke arah perpaduan dengan bersungguh-sungguh, ketepikan ego dan permasalahan pemimpin-pemimpin veteran yang juga lahir dan berjaya hasil daripada perjuangan UMNO. Fikirkan masa depan rakyat dan pemimpin-pemimpin pelapis yang berpotensi berada di dalam gabungan PN untuk menjadi menteri-menteri baru yang segar dalam kabinet (mungkin).

 

**Pendapat meja editorial tidak melambangkan pendirian Berita Tular

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img