spot_img
spot_img

Tidak mustahil Lewis Hamilton akan berhijrah untuk kejuaraan ke 8

spot_img

LONDON: Pakar-pakar di sukan Formula Satu (F1) mencadangkan agar Lewis Hamilton berhij­rah ke Ferrari untuk memenangi gelaran dunia buat kali kelapan yang diidamkannya selama ini.

Hamilton, 38, dinafikan gelaran dunia pada 2021 yang melibatkan kereta keselamatan ketika perlumbaan terakhir di Grand Prix Abu Dhabi, dimenangi oleh Max Verstappen, pemandu Red Bull. Insiden itu juga menyebabkan pengarah perlumbaan, FIA, Michael Masi hilang tugasnya.

Harapan Hamilton untuk bangkit pada 2022 tidak menjadi kenyataan selepas Mercedes bergelut pada musim pertama era baharu perlumbaan F1.

- Advertisement -

Kini, terdapat tanda-­tanda awal Hamilton dan rakan sepasukannya, George Russell sekali lagi akan bergelut untuk mencabar kejuaraan.

Pasangan itu berada di tempat kelima dan ketujuh di Bahrain, menyebabkan ikon Britain tersebut mengecam dan mendakwa pasukan tidak mendengar pendapatnya berhubung kereta W14.

Spekulasi mengenai masa depan pemandu itu hangat diperkatakan, dengan kontrak Hamilton di Mercedes-Petronas akan tamat pada penghujung 2023 ini.

Ferrari merupakani pencabar terdekat Red Bull pada musim 2022. Jika Mercedes kekal dengan masalah kereta mereka yang tidak mencapai piawaian Hamilton, Ferrari adalah pilihan terbaik buat juara dunia 7 kali itu. Hamilton berimpian untuk menjadi pemandu F1 pertama di dunia untuk memenangi kejuaraan kali ke 8. Kini beliau setaraf dengan pemandu F1 lagenda yang lumpuh, Michael Schumacher.

- Advertisement -

Hamilton belum menyatakan sama ada dia akan menyambung kontrak dengan Mercedes-Pertronas.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img