spot_img
spot_img

Kes Jana Wibawa : Datuk Roy serah diri, ada kaitan dengan siasatan terhadap anak Presiden parti politik ?

spot_img

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Seorang lelaki yang dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerah diri dan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan program Jana Wibawa.

Menurut sumber SPRM, lelaki yang dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan perintah reman.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan itu dalam laporan itu.

- Advertisement -

Semalam, Bernama melaporkan bahawa SPRM telah menahan seorang pegawainya dan tiga individu lain termasuk seorang wanita pada Khamis kerana didakwa meminta dan menerima rasuah berjumlah RM400,000 bagi mengelak siasatan membabitkan program Jana Wibawa.

Menurut sumber, wanita itu dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala tiga lagi suspek direman sehingga esok.

Menurut sumber Sabahkini2 , anak kepada Presiden Bersatu, Fakhri Yassin Mahaiddin turut disiasat oleh SPRM dan mempunyai kaitan dengan Datuk Roy. Menurut sumber tersebut, SPRM telah menahan seorang pegawainya, dua lelaki dan seorang wanita yang bernama Siti Dalena Binti Berhan, adik Adlan Berhan, menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Khamis lalu, kerana meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan kes Program Jana Wibawa.

- Advertisement -

(Foto sumber Sabahkini2)

Namun menurut sumber Sabahkini2, Siti Dalena telah dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala tiga masih direman hingga hari ini.

Terdapat mesej yang tular berkenaan kes siasatan dan tangkapan terhadap Datuk Fakri Yassin bin Mahiaddin, anak sulung Ahli Parlimen Pagoh itu dan juga pemilik syarikat Thriven Global Berhad selain Lembaga pengarah Yayasan Charity Golf Tan Sri Muhyiddin bersama Adam Ramlan Adam Muhammad, Timbalan Ketua Bersatu Gombak yang didakwa minggu lepas.

(Sumber : Sabahkini2)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img