spot_img
spot_img

Rakyat ingin tahu keputusan siasatan Hakim Nazlan

spot_img

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendesak supaya keadilan untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi ditangguhkan.

Menurut beliau, ini kerana rakyat ingin tahu siasatan terhadap Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali mempunyai bukti sama ada wujud konflik kepentingan dan pelanggaran etika yang membolehkannya didakwa.

Katanya, ini kerana sudah masuk 21 hari Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said memberitahu Parlimen bahawa laporan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mohd. Nazlan sudah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

- Advertisement -

Dakwa Puad akyat ingin tahu jika benar siasatan terhadap Nazlan membuktikan memang wujud konflik kepentingan dan pelanggaran etika yang membolehkan Hakim Nazlan didakwa. Sebab beliau menggesa dedahkan sahaja hasil siasatan SPRM itu pada orang ramai.

Beliau juga menyokong penulisan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abd. Hamiddi mana tidak ada sebab SPRM tidak boleh menyiasat seseorang hakim.

Mahkamah Persekutuan membuat undang-undang sendiri

- Advertisement -

Hakim Mohd. Nazlan merupakan hakim yang menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapatinya bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan dana RM42 juta milik syarikat pelaburan strategik negara, SRC International Sdn. Bhd. (SRC International).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img