spot_img
spot_img

Muhyiddin yakin orang Melayu akan hukum PH

spot_img

Putrajaya : Kezaliman dan pendakwaan terpilih yang dikenakan ke atas Pengerusi PN, akan dihukum oleh para pengundi Melayu kepada kerajaan perpaduan kini, dakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya yakin dan percaya, dengan izin ALLAH jua, Anwar, PH dan parti-parti yang bersekongkol dengannya akan dihukum oleh rakyat dalam pilihan raya,” katanya yang merujuk kepada PRN di enam negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Tegas Ahli Parlimen Pagoh itu, beliau tidak bersalah dan akan menjawab segala pertuduhan di mahkamah. Ini kerana  beliau mendakwa tidak ada satu sen pun sumbangan politik yang diberikan kepada beliau adalah untuk kegunaan peribadi. Ia disalurkan terus ke akaun parti, bukannya akaun peribadi beliau.

- Advertisement -

Dalam salah satu pertuduhan, Muhyiddin didakwa menerima rasuah berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn. Bhd bagi pihak Bersatu. Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Dakwa Muhyiddin, Syed Mokhtar ada memberikan sumbangan kewangan kepada parti-parti politik selama berpuluh tahun termasuk parti-parti politik pemerintah.

- Advertisement -

“Jika Tan Sri Syed Mokhtar juga ingin memberikan sumbangan kepada Bersatu sebagai parti yang memperjuangkan dasar-dasar yang baik untuk orang Melayu dan negara, di mana salahnya?,” soal Muhyiddin.

Muhyiddin akan menggunakan mahkamah bagi membersihkan namanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img