spot_img
spot_img

Johari Ghani ketuai pasukan khas tuntut wang dari Goldman Sachs

spot_img

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk mempengerusikan pasukan khas yang dibentuk bagi menyelesaikan perkara yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbilion ringgit.

Anwar memberitahu Parlimen bahawa beliau bersetuju dengan kritikan yang dibangkitkan Johari (BN-Titiwangsa) mengenai perjanjian penyelesaian Malaysia dengan Goldman Sachs mengenai 1MDB.

Johari berkata minggu lepas kerajaan perlu menyemak semula perjanjiannya dengan Goldman Sachs untuk peranannya dalam skandal itu, kerana bank itu juga telah memperoleh keuntungan yang begitu besar.

- Advertisement -

“Goldman Sachs mendapat keuntungan daripada kesusahan dan kesakitan kita”, kata Anwar Ibrahim.

Goldman Sachs dan kerajaan Malaysia kini sedang saling berunding mengenai jumlah hutang bank AS itu kepada Malaysia atas peranannya dalam mengumpul $6.5bil (RM29.4bil pada kadar pertukaran semasa) pada 2012 dan 2013 untuk 1MDB.

Penyelesaian yang diumumkan oleh kerajaan PH pada Julai 2020 meminta Goldman Sachs membayar AS$2.5 bilion (RM11.3 bilion) sambil menjamin pemulangan AS$1.4 bilion (RM6.33 bilion) aset 1MDB yang dirampas pihak berkuasa di seluruh dunia, sebagai pertukaran untuk Malaysia menggugurkan pertuduhan terhadap bank itu.

- Advertisement -

Johari minggu lalu berkata angka AS$2.5 bilion yang dipersetujui adalah terlalu kecil, dan Goldman Sachs perlu membayar jumlah AS$1.4 bilion secara langsung. Beliau memberitahu Parlimen, Goldman Sachs harus masuk dalam senarai pihak bertanggungjawab bagi pembayaran penyelesaian aset 1MDB seperti AmBank, Deloitte PLT dan KPMG.

“Mengapa kita harus mengorbankan wang yang kita boleh dapat daripada bank pelaburan nombor satu di dunia?” Johari berkata pada 27 Feb,di parlimen. “Bagaimana kita boleh membenarkan Goldman Sachs melarikan diri begitu sahaja apabila pengurus kanannya terlibat?”

Johari adalah menteri kewangan kedua semasa pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada kemuncak skandal 1MDB. Johari kehilangan kerusi parlimennya pada PRU14 2018 tetapi memenanginya semula pada pilihan raya umum November lalu, dan sejak itu telah membangkitkan isu Goldman Sachs di Parlimen dan dalam wawancara dengan media tempatan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img