spot_img
spot_img

Tun Mahathir lantang tegur bukan Melayu di tweeter

spot_img

Putrajaya : Negarawan Tun Dr Mohammad hari ini dengan panjang lebar menyentuh sikap bukan Melayu di negara ini. Pemimpin politik yang pernah hidup sejak era kolonial British, Jepun hinggalah merubah Malaysia menjadi moden hari ini, dilihat penganalisis sebagai berhak untuk menyuarakan kebimbangan beliau terhadap polarasi kaum di negara ini.

Tun Mahathir menegur orang bukan Melayu di mana mereka sendiri yang suka membezakan diri mereka dengan menyebut bangsa. Tidak seperti kaum Melayu, tidak ada perkataan ‘orang Melayu Malaysia’ untuk menggambarkan orang Melayu.

Tun Mahathir memberi contoh akan dirinya. Nenek moyang beliau berasal dari India, tetapi beliau tidak pernah menggelar dirinya Malaysian Indians. Begitu juga dengan mereka yang diterima oleh orang Melayu di Malaysia yang berasal dari Arab, Timur Tengah, India, Pakistan, Bangladesh, Turkey dan sebagainya tidak pernah memanggil diri mereka Malaysian Pakistanis atau Malaysia Arabs. Tetapi bangsa Cina atau India Malaysia suka melabel diri mereka sebaliknya seperti I am Malaysian Chinese.

- Advertisement -

Hanya di Malaysia kaum yang hijrah dan diterima oleh masyarakat asal (Melayu) masih lagi mahu mengekalkan budaya, pendidikan dan bahasa dari negara asal nenek moyang mereka menurut Tun Dr Mahathir. Beliau memberi contoh paling ketara ialah apabila Kerajaan China mahu menjadikan Mandarin sebagai bahasa rasmi, orang Cina Malaysia juga menukar pertuturan utama mereka ke bahasa Mandarin, bahkan nama juga menjadi Mandarin.

Begitu juga dengan pendidikan, orang Cina dan India Malaysia tidak mahu ke sekolah kebangsaan untuk bersama pelajar Melayu, bercakap bahasa Melayu dna bergaul. Mereka terus mendesak mengekalkan sekolah Mandarin dan sekolah Tamil. Sekolah jenis kebangsaan ini adalah seumpamanya di dunia. Tun Dr Mahathir pernah menyuarakan cadangan untuk menubuhkan sekolah wawasan bagi 3 jenis sekolah bercampur hanya di waktu sukan dan perhimpunan sekolah, ini juga telah ditolak oleh sekolah Cina terutamanya.

Tun Mahathir berkata, dengan ‘memeluk budaya Malaysia’ yang majoritinya budaya Melayu, tidak bererti untuk memaksa mereka memeluk agama Islam. Orang Cina di Indonesia, Filipina dan Thailand adalah contoh terbaik bagaimana mereka satu bangsa negara mengikut kaum majoriti dengan bahasa dan nama.

- Advertisement -

Tun Mahathir memberi contoh lagi di negara-negara maju lain di mana imigrain yang berhijrah ke sana, semuanya memeluk aspirasi budaya asal tempatan seperti bahasa dan pendidikan.

Kata Tun Dr Mahathir lagi, di Malaysia apabila orang Melayu bercakap soal bangsa, mereka akan dicop racist.

Perniagaan di Malaysia dimonopoli orang Cina. Top 10 Bilionaire Malaysia adalah orang Cina. Merit yang diperjuangkan oleh bukan Melayu untuk kesamarataan adalah tidak memberi kelebihan kepada orang Melayu kerana orang bukan Melayu tahu mereka telah menguasai semua sektor termasuk kekukuhan kewangan dan modal, tegas Perdana Menteri dua kali itu.

Di akhir tweet beliau, Tun Dr Mahathir memberikan satu contoh pemimpin racist iaitu Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ramasamy. Ramasamy pernah mencetuskan kontroversi baru-baru ini dengan mencadangkan kepada kerajaan supaya orang Melayu dikurangkan di sektor kerajaan dan dibuka luas kepada bukan Melayu.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img