spot_img
spot_img

Sah Muhyiddin didakwa esok (Jumaat)

spot_img

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok bukan hari ini.

Muhyiddin akan didakwa berhubung kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sementara itu, selepas hampir dua jam, Muhyiddin didapati belum lagi selesai diambil keterangan oleh SPRM. Ketika ini, keadaan di luar bangunan SPRM agak lengang berbanding pagi tadi apabila sebahagian penyokong Bersatu dan Muhyiddin dilihat sudah pulang.

- Advertisement -

Lebih 100 penyokong dilihat berkumpul di luar bangunan SPRM sejak pukul 9 pagi tadi bagi menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.

Antara yang hadir beberapa pimpinan tertinggi Bersatu dan PN termasuk Ahli Parlimen Bersatu dan PAS termasuk Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin,  Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img