spot_img
spot_img

Pengecualian buat UMNO merupakan kerjasama strategik parti dalam komponen kerajaan.

spot_img

KUALA LUMPUR — Kerajaan Perpaduan menggunakan kuasa khas menteri dalam memastikan kestabilan dan pengukuhan kuasa mereka di dalam mentadbir negara. Ini dapat dilihat menerusi tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari yang memberi pengecualian di bawah Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) untuk resolusi tiada pertandingan untuk dua jawatan tertinggi UMNO iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.

Ia berdasarkan usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Umno 2022 mengenai resolusi tidak bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden parti.

- Advertisement -

Saifuddin sebagai menteri yang bertanggungjawab boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan mana-mana pihak berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta tersebut.

Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi telah bersetuju untuk bersama PH dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dalam kerajaan perpaduan. Akta lompat parti membolehkan kuasa seorang Presiden parti untuk memberi dan menarik sokongan secara en bloc terhadap mana-mana gabungan.

Telah tular bahawa ada segelintir pemimpin UMNO ingin merebut jawatan presiden UMNO dan seterusnya pengerusi Barisan Nasional. Ia boleh mengganggu gugat kerajaan perpaduan jika permintaan atau kehendak presiden baru itu yang tidak ‘mesra’ kepada Anwar. Pasukan yang ingin menentang Zahid Hamidi dikatakan lebih cenderung kepada Perikatan Nasional.

- Advertisement -

(Ismail Sabri dan Hishammuddin dilihat antara pemimpin UMNO yang tidak ‘sebulu’ dengan Ahmad Zahid Hamidi di dalam pembentukan kerajaan bersama DAP)

Jadi langkah menteri KDN itu adalah tepat di dalam pengiraan politik mereka untuk menjamin kedudukan kerajaan hingga akhir penggal. Walaupun Saifuddin bukan dari UMNO, namun mereka bekerjasama sebagai sebuah komponen dalam kerajaan. Sudah tentu di pihak pembangkang ia dilihat sebagai tidak adil.

Pemilihan Umno bermula pada 1 Februari dan akan berlangsung sehingga 18 Mac.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img