spot_img
spot_img

NAZA bukan lagi pengedar eksklusif Ferrari di Malaysia

spot_img

KUALA LUMPUR: Kumpulan NAZA mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan perniagaan dengan Ferrari S.p.A (Ferrari).

Dalam satu kenyataan, Kumpulan NAZA sedang mengkaji semula perniagaan automotifnya termasuk mengenalpasti jenama yang bersesuaian bagi memantapkan perniagaan automotif NAZA.

Faktor ketidakserasian di dalam pemasaran adalah penyebab utama hubungan perniagaan antara dua entiti itu tidak diteruskan.

- Advertisement -

Dengan langkah ini, peruntukan boleh diusahakan kepada bahagian automotif NAZA yang lain untuk memberikan keuntungan kepada kumpulan itu.

Sehingga April 2023, proses peralihan antara NAZA dan Ferrari sedang berlangsung. NAZA merakam setinggi penghargaan kepada Ferarri di atas kerjasama selama ini.

Proses pemilihan pengimport baru serta runcit sedang diteliti untuk mewakili Ferrari pada pasaran tempatan. NAZA dan Ferarri telah menjalin kerjasama selama 15 tahun di Malaysia.

- Advertisement -

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img