KUALA LUMPUR, 9 Mac — Boost, anak syarikat Axiata melalui (e-wallet) dompet perniagaan ke perniagaan (B2B – business to business) atau pedagangnya, mempunyai kapasiti untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) bagi mendigitalkan operasi perniagaan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost Sheyantha Abeykoon berkata syarikat itu mempunyai sejarah panjang yang menyokong PKS di Malaysia dan berbangga menjadi yang pertama membawa e-dompet pedagang ke pasaran.
(CEO Boost Sheyantha Abeykoon – foto Bernama)
“Sebagai sebuah syarikat digital, Boost berada pada kedudukan yang lebih baik untuk membantu perniagaan ini”, katanya.
Menurut Sheyantha, Boost memberi tumpuan pada masa awal lalu dengan menyokong peniaga kecil, di mana pada waktu itu transaksi semuanya secara tunai. Perkara pertama yang dilakukan ialah mengubah urusan jual beli PKS menjadi tanpa tunai dan digital, dengan terhasilnya kod QR Boost DuitNow pada 2017.
Kemudian Boost memasuki sektor pinjaman, menyediakan pembiayaan kepada perniagaan kecil, dan telah mengeluarkan hampir RM2 bilion pinjaman setakat ini.
Semasa era Covid 19, Boost menyediakan penyelesaian menyeluruh untuk membantu PKS mendigitalkan perniagaan mereka. Peniaga tidak tahu bagaimana untuk bermula, jadi Boost membantu digitalisasi melalui e-wallet, dan kemudian membina platform menyeluruh perniagaan digital buat PKS.
Menurut Sheyantha lagi, Boost sentiasa merancang untuk mengikut perkembangan semasa dengan menawarkan lebih banyak pilihan untuk penggunanya kerana digitalisasi sangat cepat berkembang.
Dengan dompet pedagang, proses perniagaan kini lebih cekap kerana PKS telah dimudahkan akses untuk perkara seperti membayar bil, serta membayar pembekal secara terus daripada dompet tersebut. Mereka juga boleh membeli barangan dan mempunyai pilihan untuk mengeluarkan wang mereka sendiri (withdrawal).
Jadi peniaga tidak lagi perlu ke bank untuk menguruskan dana mereka setiap kali transaksi atau pembayaran diperlukan. E-dompet peniaga boleh digunakan untuk tujuan dan mempunyai saiz nilai e-dompet yang besar untuk PKS.
Bagi peniaga yang mendaftar dengan kad pengenalan sahaja, mereka akan mempunyai had RM30,000, manakala peniaga yang mendaftar menggunakan lesen perniagaan akan mempunyai had sehingga RM500,000.
Ini memastikan peniaga mempunyai wang tunai yang mencukupi untuk menguruskan semua pembayaran perniagaan mereka pada setiap masa.
E-dompet peniaga itu membolehkan PKS mengakses pinjaman Boost dengan lebih; hanya memohon pinjaman terus melalui aplikasi Boost Biz dan memasukkannya terus ke dalam e-dompet peniaga. Proses permohonan itu hanya mengambil masa lima minit dengan saiz pinjaman antara RM1,000 hingga RM100,000.