spot_img
spot_img

BestPay memudahkan pembayaran diskaun PTPTN

spot_img

Kuala Lumpur : Penyedia applikasi pembayaran digital BestPay menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia membuat tabungan simpanan PTPTN untuk pendidikan masa hadapan dan juga membayar semula pinjaman.

Semasa belanjawan 2023, kerajaan memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 20%, yang berkuat kuasa mulai Rabu (1 Mac) hingga 31 Mei 2023.

Ia meliputi diskaun 20% ke atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman; diskaun 15% untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah hutang tertunggak dengan bakinya melalui potongan gaji atau pembayaran balik debit terus berjadual.

- Advertisement -

Ini termasuk semua peminjam PTPTN yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP), layak menikmati insentif ini.

Ia juga berkata bahawa peminjam yang ingin membuat penyelesaian penuh pinjaman atau 50% daripada baki hutang mesti mengesahkan baki pinjaman, melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi eksekutif pemasaran PTPTN, sebelum membuat pembayaran balik melalui saluran pembayaran yang tersedia.

Untuk pembayaran pinjaman PTPTN dan simpanan SSPN dengan lebih mudah serta memenangi hadiah dan insentif, download applikasi BestPay, bayar dengan lebih senang melalui QR Code di sini : https://best-pay.com.my/bestpay-qr-x-ptptn/

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img