HERZOGENAURACH, 9 Mac — Adidas pening dengan apa yang perlu dilakukan dengan inventori besar produk Yeezy Kanye West selepas mereka sendiri yang menamatkan perkongsiannya dengan penyanyi rap berkontroversi itu.
Dengan stok kasut itu yang tidak bergerak, ia akan menyebabkan kerugian hasil sebanyak €1.2 bilion (RM5.7 bilion), kata Adidas.
Adidas menghentikan hubungannya dengan Kanye West — kini dikenali secara rasmi sebagai Ye. pada bulan Oktober 2022 selepas penyanyi itu membuat beberapa komen anti Yahudi.
Jadi, Adidas (kononnya untuk menunjukkan sensitif pada Yahudi) menamatkan kerjasama dan juga pengeluaran barisan kasut Yeezy yang sangat berjaya yang direka bersama dengan Ye
(Ye)
Jadi mereka perlu menghabiskan segera stok-stok yang tersangkut itu sebelum mengalami kerugian yang lebih besar. Penjualan segera itu akan menurunkan keuntungan operasi syarikat dengan tambahan €500 juta pada 2023 bersama-sama dengan kos sekali sahaja yang diunjurkan mencecah €200 juta berkaitan semakan strategik syarikat, Adidas berkata ia boleh berakhir dengan kerugian operasi sebanyak €700 juta pada 2023.
Tahun depan akan menjadi masa yang penting untuk syarikat pakaian sukan, apabila dua kejohanan besar berlangsung iaitu bola sepak Eropah dan Sukan Olimpik.
Adidas pada hari Rabu juga berkata keuntungan bersih jatuh banyak sebanyak 83 peratus kepada €254 juta pada 2022.
Selain cabaran terhadap model Yeezy, ia juga menghadapi risiko kemelesetan yang tinggi di Eropah dan Amerika Utara serta ketidaktentuan kes Covid19 China.