spot_img
spot_img

Yayasan Kepimpinan Negara harus diwarisi

spot_img

KUALA LUMPUR, 7 Mac — Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) seharusnya diwarisi oleh pemimpin generasi baharu dan menjadi pusat rujukan kajian untuk kemajuan Malaysia. Pemimpin-pemimpin baru perlu belajar dari pentadbiran dan sejarah kerajaan terdahulu bagaimana berjaya membangunkan Malaysia hingga ke tahap hari ini.

“Negara kita masih muda, tetapi dalam 60 tahun ini kita perlu akui banyak kejayaan pada negara muda ini telah dicapai kerana pemimpin-pemimpin terdahulu ikhlas kepada bangsa dan tanahair”, kata Professor Dr Abu Hassan dari Kumpulan Pemikir (Bebas) Islam Malaysia-Thailand yang dihubungi Berita Tular hari ini.

Kerajaan tidak seharusnya melihat YKP sebagai milik bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad. Ia adalah milik negara kerana objektif penubuhannya pada Januari 2003 sebagai pertubuhan bukan berdasarkan keuntungan. Kos operasinya adalah kepada sukarela, atas kesedaran kebertanggungjawaban, sumbangan atau hadiah daripada syarikat-syarikat atau individu yang menyokong visi institusi penyelidikan serta pembelajaran yang berkembang maju, khususnya untuk kajian kepimpinan Malaysia dan pembinaan negara, menurut Dr Abu Hassan.

- Advertisement -

Hal berkenaan YKP timbul di parlimen apabila Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) bertanya mengenai status semasa YKP kerana mendapati Tun Dr Mahathir masih menggunakan kemudahan bangunan YKP, dan ingin mengetahui adakah kerajaan ada mengeluarkan peruntukan untuk pertubuhan itu.

Menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Hal Ehwal Sarawak dan Fungsi Khas) memberikan jawapan bahawa kerajaan tidak memberikan sebarang peruntukan khusus kepada YKP.

- Advertisement -

(Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Foto Parlimen)

Armizan berkata sebahagian ruang bangunan itu disewa oleh Jabatan Perdana Menteri untuk digunakan sebagai pejabat sekretariat bekas perdana menteri dua kali itu.

“Penyediaan ruang pejabat untuk kegunaan bekas perdana menteri adalah selaras dengan kelayakan elaun dan keistimewaan bekas perdana menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Ahli Parlimen (Imbuhan) 1980 (Akta 237),” kata Armizan.

Tun Dr Mahathir menjadikan YKP sebagai pejabat utamanya di dalam urusan seharian seperti bertemu pemimpin, ketua masyarakat serta delegasi luar negara selepas persaraan beliau. Penyumbang utama kepada YKP adalah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan konglomerat-konglomerat negara yang berjaya di era pentadbiran Tun Dr Mahathir.

(Tun Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada Mei 19, 2018 di YKP)

“Semua pihak harus menghargai jasa dan sumbangan kepimpinan dahulu. Ini adalah sejarah negara. Jangan semua perkara kita melihat dari sudut kepentingan politik. Negara lebih utama. Jasa dan pengalaman terdahulu harus dijadikan panduan kepada generasi baharu”, kata Dr Abu Hassan yang juga mahu YKP dibuka kepada umum untuk tujuan kajian kenegaraan, bukan lawatan biasa.

 

Foto utama : Malaysiakini

Foto : Berita Harian

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img