spot_img
spot_img

Cari solusi isu rakyat, bukan program sensasi

spot_img

Parlimen 8 Mac : Ahli parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara sinis berkata hari ini, mereka yang mempunyai banyak ‘idea dan formula’ dahulu semasa mengkritik kerajaan, yang kini berada dalam kerajaan, diharap segera menyelesaikan kos sara hidup rakyat.

“Menu rahmah, vending machine sarapan bagus untuk jangka masa pendek, tetapi masih tidak menyelesaikan kepada asas permasalahan iaitu mengawal harga barangan dan gaji yang tidak meningkat”, katanya.

Beliau menegaskan permasalahan ini semua masih belum dapat ditangani oleh kerajaan. Ini berdasarkan keluhan masyarakat kepada dirinya sendiri berkenaan kenaikan harga barangan keperluan asas di kawasan parlimennya, Sembrong.

- Advertisement -

Hishammuddin yang juga merupakan bekas Menteri Pertahanan sebelum ini juga khuatir apabila musim perayaan semakin hampir, kos kenaikan harga barang pasti akan membebankan rakyat.

Beliau menggesa kerajaan mencari solusi yang konstruktif dan menyeluruh untuk menambah baik ekonomi dan daya beli rakyat bukannya sibuk dengan program-program sensasi yang tidak menyelesaikan isu sebenar.

foto : FB Hishammuddin Hussein

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img