spot_img
spot_img

RoS lulus usul UMNO tidak pertanding 2 jawatan tertinggi parti

spot_img

Putrajaya 7 Mac : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengesahkan bahawa RoS (Jabatan Pertubuhan Malaysia) telah meluluskan usul tambahan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 iaitu tiada pertandingan pada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu.

Kenyataan media dikeluarkan pagi ini. RoS berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

- Advertisement -

Sebelum ini, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah meyatakan bahawa usul tersebut telah diluluskan oleh RoS. Namun Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri telah menyoalkan keraguan dan meminta Zahid menunjukkan bukti sahih akan kelulusan tersebut.

Pemilihan UMNO sedang berlamgsung di peringkat bahagian hingga ke Naib Presiden dan keputusannya akan diketahui pada 11 Mac akan jawatan-jawatan yang dipertandingkan.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img