spot_img
spot_img

MDV akan manfaatkan belanjawan untuk syarikat start-up

spot_img

KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM20 juta kepada Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) di bawah Belanjawan 2023 yang diumumkan baru-baru ini akan disalurkan untuk program hutang terokanya bagi syarikat pemula niaga dan berasaskan teknologi.

Dalam satu kenyataan, MDV berkata peruntukan itu juga akan menyokong Rangka Kerja Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (MySTIE) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Ketua Pegawai Eksekutif MDV, Nizam Mohamed Nadzri, berkata peranan MDV yang sangat strategik dalam ruang pembiayaan teknologi telah menyumbang kepada pembinaan ekonomi yang lebih dinamik, inovatif, inklusif dan mampan untuk Malaysia selaras dengan hasil yang dihasratkan Belanjawan 2023.

- Advertisement -

(CEO MDV – Nizam Mohamed Nadzri)

“Walaupun kami telah membantu secara kumulatif lebih 1,000 syarikat teknologi yang berinovasi dan berpotensi tinggi dengan agregat dana RM4.1 bilion sejak penubuhan kami lebih dua dekad lalu, MDV kekal komited untuk memangkin pertumbuhan usahawan teknologi tempatan demi kesejahteraan dan pembangunan negara yang berterusan,” katanya.

Pembiayaan tambahan daripada Belanjawan 2023 itu akan memperluaskan lagi program dan inisiatif pembiayaan hutang usaha niaga perintis MDV dan memudahkan pembinaan model pembiayaan mampan untuk hutang teroka melalui pasaran swasta.

- Advertisement -

Sehingga kini, lebih daripada RM178.0 juta pembiayaan telah diluluskan kepada 105 syarikat pemula niaga teknologi di bawah program hutang teroka MDV, menyumbang kepada pertumbuhan seterusnya dalam hasil dan penilaian syarikat.

Sumber : Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img