spot_img
spot_img

Kerajaan Perpaduan hanya stabil politik, sudut lain bagaimana ?

spot_img

Putrajaya : Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat hanya membawa kestabilan politik kepada negara. Tiada lagi ugutan-ugutan tarik sokongan dan juga ahli-ahli parlimen yang boleh melompat parti serta ‘menebuk atap’.

Malaysia juga dapat ditenteramkan mengenai isu perkauman dan agama selepas PRU yang ke 15 lalu. Ini merupakan kejayaan terbesar kerajaan perpaduan kepada negara.

Namun ada beberapa keresahan yang Perdana Menteri tidak boleh memandang remeh atau menyapu masuk ‘ke bawah karpet’. Peranan parti politik Melayu harus ditonjolkan di dalam kerajaan perpaduan. UMNO perlu diberi peranan mendekati orang Melayu melalui keanggotaan mereka di dalam kerajaan. Mereka perlu dilihat berkuasa.

- Advertisement -

Ekonomi orang Melayu juga sering dipersoalkan. Apakah perancangan khusus kerajaan perpaduan untuk pembangunan ekonomi Bumiputera ? Sejak tamatnya era pemerintahan Tun Dr Mahathir, tiada satu kerajaan pun selepas itu dapat membangunkan konglomerat Melayu atau terlahirnya tokoh usahawan Melayu yang berjaya, yang ada kini hanyalah terdiri dari mereka yang muncul di awal era Dasar Ekonomi Baru.

Orang Melayu mahu tahu apakah kerajaan ini akan memastikan penduduk majoriti negara ini terbela dan punyai masa depan. Orang Melayu dimomokkan dengan isu hak kesamarataan sekarang. Ditakutkan dengan penguasaan parti politik bukan Melayu. Ini amat merisaukan kerana majoriti orang Melayu masih belum boleh bersaing sama tinggi dengan bangsa Cina dari segi kewangan dan ekonomi.

Kerajaan perlu berusaha keras di dalam memenangi kepercayaan orang Melayu bahawa kerajaan akan memastikan mereka terjamin dan hak-hak orang Melayu itu tidak akan dicabar.

- Advertisement -

Jika ini kerajaan dapat pancarkan, tidak ada masalah untuk kekal memerintah walaupun selepas PRU16.

Tugas berat kerajaan perpaduan.

Alif Al ANsari – Seri Kembangan Selangor

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img