spot_img
spot_img

Adalah perkara biasa bagi pembangkang jatuhkan kerajaan – Haji Hadi

spot_img

KUALA LUMPUR 6 Mac: Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan kenyataannya sebelum ini dengan menjelaskan bahawa kenyataannya itu bersifat politik dan sesuatu yang “biasa” kerana pembangkang mempunyai hak untuk mencuba dan menjatuhkan kerajaan.

Haji Hadi doa kerajaan Anwar tumbang

Kata beliau perkara seperti undi tidak percaya, mengumpul akuan berkanun (SD) dan penyokong kerajaan yang tidak lagi setia, merupakan perkara biasa (dalam politik). Haji Hadi menegaskan pembangkang mempunyai hak untuk merancang, dan tiada siapa boleh menghalangnya.

- Advertisement -

Abdul Hadi juga mendakwa terdapat beberapa tanda keretakan dalam kerajaan perpaduan dan soal tidak menghormati nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya tidak menimbulkan ketidakstabilan tidak timbul kerana negara ini menjunjung Perlembagaan dan mengamalkan demokrasi.

Beliau juga ditanya berkenaan kes rasuah yang melibatkan pemimpin PN, beliau berkata seseorang yang didakwa itu belum tentu terbukti bersalah. Beliau ditemui oleh para wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Abdul Hadi boleh mrancang dan bermimpi untuk kerajaan perpaduan tumbang sebelum tamat penggalnya.

- Advertisement -

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihati Abdul Hadi untuk berusaha menukar kerajaan semasa PRU16 kelak. Doa meruntuhkan kerajaan bukan doa yang baik terutama datang dari mulut ‘ulama politik’ seperti Abdul Hadi.

“Apa yang penting sekarang adalah kestabilan politik dan bantu kehidupan rakyat bukannya politik yang tak berkesudahan”, kata Ahmad Zahid yang ditemui pemberita di pejabat Risda.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Dr Rais Hussin tidak terkejut dengan kenyataan Abdul Hadi itu. “Bagaimana kita boleh melupakan Amanat Hadi yang memecahbelahkan orang Melayu Islam pada satu masa dahulu. Sehingga kini, dia masih belum memohon maaf atas perbuatan ‘ngeri’ itu sehingga mengakibatkan dua rakaat doa, perceraian dan putusnya hubungan kekeluargaan selama beberapa dekad”, katanya yang juga bekas ahli majlis tertinggi Bersatu.

Menurut Dr Rais, pembangkang tidak akan berjaya dalam menjatuhkan kerajaan kerana tiga faktor utama. Pertama adalah akta lompat parti, di mana tiada lagi ahli-ahli parlimen secara individu akan melompat mengikut faedah kepada diri mereka semata-mata. Ahli-ahli parlimen terikat dengan parti yang mereka tandingi semasa pilihanraya.

Kedua, kerajaan Anwar Ibrahim mendapat ‘restu’ daripada Majlis Raja-raja Melayu dan dalam titah baginda Yang Di Pertuan Agong semasa pembukaan parlimen penggal baru, baginda juga mendoakan agar kerajaan ini kekal hingga tamat penggal.

Semuanya bermula dari perletakkan jawatan PM ke 7 – Agong

Ketiga, Anwar juga telah menerima sokongan padu daripada pelbagai pemimpin di seluruh dunia. Yang paling utama ialah seperti Presiden Joko Widodo dari Indonesia, Presiden Recep Tayyip Erdogan dari Turki, Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei, Perdana Menteri Trudeau dari Kanada, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dari Singapura, Perdana Menteri Albanese dari Australia dan Presiden Xi Jin Ping China, tidak terkecuali beberapa siri pengesahan daripada negara anggota G 7 dan G 20.

Pendapat Dr Rais ini dikeluarkan di The Star hari ini.

 

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img