spot_img
spot_img

Iran umum temui rizab litium terbesar

spot_img

TEHRAN, 4 Mac — Iran mengumumkan penemuan simpanan litium yang besar, komponen utama bateri untuk kenderaan elektrik dan peranti elektronik, lapor media kerajaan itu hari ini. Rizal litium itu telah ditemui di Hamedan, bahagian barat negara itu.

Rizab ini dipercayai mengandungi “8.5 juta tan” litium, menurut sumber daripada ketua pengarah jabatan operasi kementerian yang berkaitan.

Digelar sebagai “minyak abad ke-21”, litium adalah penting untuk pembuatan bateri untuk kenderaan elektrik, yang menghapuskan kebergantungan kenderaan kepada petrol dan penghasilan karbon dioksida.

- Advertisement -

Logam putih ini juga merupakan komponen penting bagi bateri boleh dicas semula yang digunakan dalam telefon bimbit dan peranti elektronik lain.

Menurut laporan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) yang diterbitkan pada 2022, sejumlah 89 juta tan litium telah dikenal pasti di seluruh dunia. Australia, Chile, Argentina dan China adalah pengeluar utama.

Pada tahun 2022, harga litium meroket disebabkan kenaikan harga komponen dan inflasi, kerana permintaan untuk pengangkutan yang lebih bersih meningkat di seluruh dunia.

- Advertisement -

Iran, yang ekonominya terjejas oleh sekatan antarabangsa yang berterusan, terutamanya yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, mempunyai rizab sumber asli yang besar, termasuk gas, minyak, tembaga dan besi. — AFP

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img