spot_img
spot_img

Sabah di bawah Hajiji, ikuti Sarawak – kuatkan parti berasaskan kenegerian

spot_img

KOTA KINABALU: Kegawatan politik yang berlaku di negeri ini telah mendorong Ketua Menterinya keluar dari parti Bersatu dan menganggotai pula Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang dilihat dapat memenuhi aspirasi rakyat yang mahukan parti politik tempatan. Ahli politik dan penyokong yang menyokong Presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor pasti berasa ini merupakan suatu tindakan terbaik kerana mereka masih lagi berkuasa sebagai kerajaan negeri, namun pada peringkat nasional, ia dilihat hanya untuk mengekalkan kuasa dengan memainkan sentimen kenegerian.

Presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau yakin parti baharu yang diterajuinya itu mempunyai kekuatan yang akan menyatupadukan dan membela nasib rakyat di negeri ini. Persoalan yang timbul oleh beberapa penganalisis politik ialah adakah selama ini kerajaan negeri Sabah ditadbir dan diketuai oleh wakil rakyat dari negeri lain ?

Namun Hajiji tetap mempertahankan tindakan itu dengan menekankan bahawa perubahan sentimen di peringkat akar umbi, rakyat Sabah mahukan parti tempatan bersifat lokal untuk menerajui kerajaan negeri.

- Advertisement -

“Parti Gagasan Rakyat yang dilancarkan ini adalah satu reaksi penting kepada dinamika landskap politik Sabah. Jika dilihat sejak 2018, ada status quo yang telah dicabar dan dirobohkan hingga wujud harapan baharu yang dimahukan di peringkat akar umbi.

“Maka, kita mendapat keyakinan bahawa bergerak atas landasan parti tempatan adalah langkah dan pilihan yang tepat,” katanya semasa majlis pelancaran Gagasan Rakyat  di sini semalam bagi mengesahkan tindakannya adalah tepat.

Bagi menyeimbangkan semula ‘semangat kenegerian itu’, Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, kerjasama dengan parti nasional juga tidak seharusnya ditolak kerana ekosistem federal dalam sebuah negara amat diperlukan dan kehadiran parti-parti bersifat nasional tetap relevan selagi semangat, teras, dan agenda perjuangan negeri tidak diabaikan. Kerajaan Sabah kini memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan kini.

- Advertisement -

“Sinergi elemen lokal dan nasional perlu berlandaskan kepada prinsip meletakkan kepentingan negeri sebagai keutamaan (Sabah First) dan meletakkan kepentingan itu sebagai agenda nasional.

“Ini kerana Sabah yang lebih maju dan jaya pastinya menyumbang kepada pembinaan Malaysia yang Madani iaitu konsep bercitrakan kemajuan yang lebih holistik merangkumi segenap aspek,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran Gagasan Rakyat akan membantu memperkukuhkan lagi perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai satu jajaran lokal yang menggunakan formula tempatan.

Pengerusi GRS itu berkata, permuafakatan GRS bukan sekadar penting untuk Sabah, malah amat bermakna untuk membina kesatuan dan kekuatan dalam memastikan kepentingan Sabah terus terbela di Malaysia.

Sebuah lagi gabungan politik di negeri Borneo Malaysia yang berasaskan semangat kenegerian ialah Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (PBS) yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1959, berubah dari sayap kiri, anti–Malaysia ke sebuah parti politik komponen yang lebih kukuh di bawah Barisan Nasional tanpa melepaskan sokongan penuh masyarakat Cina di Sarawak.

Kini PBS juga memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan. Sebelum ini mereka juga telah memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum PRU15 lalu.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img