spot_img
spot_img

Syarikat EV Vietnam membuat penghantaran pertama kepada pembeli di AS

spot_img

HO CHI MINH — Kenderaan elektrik dari Vietnam, VinFast telah memasuki jalan raya di A.S. buat kali pertama, selepas syarikat itu membuat penghantaran yang tertangguh kepada pembeli di California.

45 SUV yang tiba dari Vietnam adalah sebahagian kecil daripada 999 EV yang sepatutnya sampai ke Amerika, bermula pada bulan Disember lalu.

- Advertisement -

Pembetulan dalam perisian kenderaan (software) menyebabkan syarikat itu menangguhkan penyerahan sehingga hari Rabu ini. Penghantaran itu menandakan satu langkah kecil dalam impian orang terkaya Vietnam yang telah lama tertunda, iaitu pengasas Vingroup Pham Nhat Vuong, untuk memasarkan kereta elektrik Vietnam di jalan raya Amerika Syarikat. Memecahkan rekod syarikat Asia memasuki pasaran A.S. dan telah menjadi cabaran kepada pesaing di negara-negara Asia lain seperti China hingga ke Malaysia.

(Pham Nhat Vuong)

- Advertisement -

VinFast tertangguh pelancarannya di A.S., di mana ia menyasarkan untuk mula membina EV di Carolina Utara pada 2024 walaupun ia hanya menerima permit pembinaan utama bulan lepas. Penyenaraian saham di A.S. juga masih belum menjadi kenyataan, walaupun terdapat beberapa laporan mengenai tawaran awam yang akan berlaku.

“Ia amat menggembirakan dalam memenuhi janji penghantaran kami dan menyaksikan keterujaan pelanggan kami,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif VinFast Gareth Dunsmore mengenai penyerahan di Los Angeles.

Cabaran ini merugikan konglomerat terbesar Vietnam itu ditambah lagi menghadapi halangan bekalan, di tengah-tengah persaingan sengit untuk mineral bateri. Selain itu, VinFast belum lagi layak untuk menikmati beberapa subsidi di A.S. sehingga kilangnya di Carolina Utara mula beroperasi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img