spot_img
spot_img

Singapura mewajibkan menu bajet pada pengusaha kedai makan

spot_img

Singapura 2 Mac : Menu bajet perlu ditawarkan kepada pelanggan menjelang 2026 di semua kedai kopi yang disewa dari Lembaga Perumahan dan Pembangunan Singapura (HDB – Housing Development Board).

Ia diumumkan oleh Menteri Kanan bagi Pembangunan Singapura, Sim Ann hari ini semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan.

- Advertisement -

(Sim Ann – Menteri Kanan Pembangunan Singapura)

Kewajipan untuk menu bajet telah dilaksanakan sejak 2018, tetapi sebelum ini ia hanya dikuatkuasakan untuk restoran yang baharu disewa daripada HDB sahaja.

Di masa hadapan, sebagai syarat untuk pembaharuan penyewaan tiga tahun restoran mereka, sewa yang akan diperbaharui mulai Mei 2023 perlu menyediakan empat hidangan menu bajet dan dua minuman bajet.

- Advertisement -

Pilihan makanan yang murah mestilah “wajib dan pelbagai”, kata Sim.

Di bawah syarat penyewaan baharu, menu bajet akan ditawarkan di semua 374 restoran di bawah HDB menjelang 2026.

Ini adalah hampir separuh daripada semua kedai makan yang terletak di hartanah HDB sekarang, kecuali 402 yang dimiliki dan diuruskan oleh pengendali swasta.

(Rumah-rumah HDB di Singapura yang terkenal dengan susunan teratur dan kemas untuk rakyat sederhana dan rendah)

Apakah hidangan menu bajet?

Hidangan menu bajet di restoran yang baru disewa mestilah ada dua atau lebih menu itu di gerai yang berbeza dan merupakan pilihan hidangan utama.

Menu bajet tidak boleh menjadi lauk sampingan atau makanan ringan.

Dua daripada hidangan bajet mestilah berasaskan nasi, dan satu menu wajib halal.

Mesti ada sekurang-kurangnya dua minuman bajet iaitu kopi-o dan teh-o.

Menu bajet adalah berbeza di 72 kedai makan sedia ada yang sudah menawarkan hidangan menu bajet itu sejak 2018.

Mereka dikehendaki menyediakan enam hidangan makanan menu bajet.

Harga menu bajet hendaklah termasuk nasi ekonomi dengan dua sayur dan satu daging, nasi ayam, mi fishball dan mee rebus.

Makanan bajet biasanya berharga sekitar S$3 hingga S$3.50. (RM10.00)

Minuman kebiasaannya berharga sekitar S$1 (RM3) atau lebih.

Pihak berkuasa perumahan berkata ia akan menawarkan diskaun sewa sebanyak 5 peratus daripada sewa pembaharuan selama setahun, bermula apabila keperluan makanan menu bajet dipenuhi oleh pemilik kedai makan tersebut.

 

Sumber : Mothership.SG

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img