spot_img
spot_img

Sumbangan Syed Saddiq pada Undi18 menguntungkan PN

spot_img

KUALA LUMPUR, 28 Feb — Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman tidak mengira faktor kemenangan pada parti tertentu, termasuk dirinya di dalam mempelopori reformasi Undi18.

Undi18, yang menurunkan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun diakui telah menyumbang kepada prestasi luar jangkaan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 lalu. Menurut beliau ramai yang mengkritik bahawa tindakannya itu tidak menguntungkan dirinya, tetapi pihak lawan. Perikatan Nasional memperoleh faedah terbesar pada PRU15 lalu dari Undi18.

“Tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa memperjuangkan reformasi sebenarnya adalah untuk membantu parti A, parti B, atau parti C. Jika pembaharuan itu memberi manfaat kepada kita, kita gembira. Tetapi apabila kita kalah, kita tutup (pintu) reformasi,” katanya di Parlimen hari ini.

- Advertisement -

Bekas menteri belia dan sukan itu juga berkata pengundi muda tidak seharusnya difitnah semata-mata kerana menggunakan hak mereka untuk mengundi.

Syed Saddiq berkata Undi18 dan reformasi lain adalah perlu bagi memberikan Malaysia sebuah demokrasi yang benar-benar adil, parlimen yang professional dan menghapuskan politik toksik yang melanda negara sejak kebelakangan ini.

Pada 2019, Parlimen sebulat suara bersetuju untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, dan pada masa yang sama memperkenalkan pendaftaran pemilih automatik.

- Advertisement -

Kedua-dua pindaan berkuat kuasa pada 2021, menambah kira-kira 5.6 juta pengundi ke dalam daftar pemilih.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img