London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

MITI benarkan Tesla import kenderaannya terus

spot_img

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) —  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan TESLA untuk mengimport kenderaan bateri elektrik (BEV) ke Malaysia.

Dalam merealisasikan objektif ini, TESLA akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis TESLA serta mewujudkan rangkaian pengecas Superchargernya di Malaysia.

Kehadiran TESLA di Malaysia dijangka akan mewujudkan peluang pekerjaan yang mampu menawarkan gaji lebih baik bagi segmen BEV dan meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem TESLA di peringkat domestik dan global.

- Advertisement -

“Kami gembira dengan keputusan TESLA untuk turut serta dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. Ini membuktikan keyakinan TESLA terhadap asas ekonomi dan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia,” kata menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dalam satu kenyataan.

Beliau berkata walaupun telah banyak jenama global utama memilih untuk melabur di Malaysia, MITI dan agensinya akan terus meningkatkan usaha dalam menambah kemudahan menjalankan perniagaan, sambil terus menaikkan profil Malaysia sebagai negara properdagangan, proindustri dan propelaburan

- Advertisement -

“Kami juga akan memanfaatkan ekosistem elektrik dan elektronik secara strategik bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan bagi teknologi berkaitan mobiliti elektrik,” tambah Tengku Zafrul.

Sementara itu, kemasukan TESLA telah dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif BEV Global Leaders bagi tujuan membantu meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tempatan dan menggalakkan pembangunan keseluruhan ekosistem untuk menyokong penggunaan BEV.

“Di samping itu, inisiatif ini bertujuan untuk mendapatkan pelaburan daripada syarikat pengeluar BEV global terkemuka di Malaysia. TESLA ialah pemohon pertama inisiatif oleh MITI ini,” menurut kementerian itu.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img