Kuala Lumpur 1 Mac : “Orang tanya bila berlaku ini. “Insya-Allah, (akan berlaku) dalam masa terdekat,” kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang semasa berucap pada sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di sini.
Namun Ahli Parlimen Marang itu juga tidak menyebut jika Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai partinya bersama sekutu utamanya, Bersatu sedang mengaturkan sesuatu. Namun Haji Hadi memberi amaran bahawa pembangkang tidak boleh dipersalahkan sekiranya pentadbiran PH runtuh sekali lagi.
“Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami. Bukan tebuk atap, tetapi atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah,” katanya yang pernah bersama di dalam menjatuhkan kerajaan Tun Dr Mahathir semasa Langkah Sheraton 2020 lalu.
Haji Hadi pernah mendakwa bahawa beliau adalah adalah individu yang memulakan langkah untuk menumbangkan kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir Mohammad ketika itu selepas 22 bulan memerintah negara. Tindakan menumbangkan kerajaan PH ketika itu diwajarkan kononnya pentadbiran PH mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa dengan memeterai Statut Rom dan cubaan menandatangani konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai anti penindasan kaum (Icerd)