spot_img
spot_img

Bagaimana UMNO dan DAP akan menyokong sesama sendiri pada PRN ini ?

spot_img

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Rakyat masih mahukan Perikatan Nasional terus kekal memerintah di empat negeri yang dikuasainya dan mungkin bakal mengambil alih lagi dua negeri iaitu Selangor dan Pulau Pinang. Keyakinan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan kerana ketidakpuasan hati rakyat terhadap prestasi kerajaan pusat akan menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang.

Wan Saiful berkata demikian kerana berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar Harian, di mana prestasi kerajaan hari ini adalah kurang memuaskan. Dakwanya, rakyat juga kurang percaya dengan kebolehan pentadbiran semasa dalam mentadbir negara, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang mencabar yang dihadapi negara.

Wan Saiful yang baru meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu akibat daripada kes rasuah Jana Wibawa terhadapnya baru-baru ini juga berkata sukar untuk membayangkan bagaimana penyokong DAP mengundi Umno dan penyokong Umno mengundi DAP walaupun kedua-dua parti itu dijangka bekerjasama dalam pilihan raya negeri akan datang.

- Advertisement -

Beliau berharap mereka yang menyokong PH dan BN tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku sekarang dan memberi peluang kepada PN untuk menunjukkan apa yang boleh dilakukan untuk membantu negeri-negeri yang akan mengadakan pilihan raya negeri tidak lama lagi.

 

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img