spot_img
spot_img

Produk usahawan desa mampu tembusi antarabangsa

spot_img

Kuala Lumpur : Program Gate to Global yang dimulakan oleh MARA pada 19 September 2017 telah berjaya menembusi pasaran lebih 23 buah negara melibatkan 56 usahawan dan menjana potensi jualan sebanyak RM60.9juta setakat ini.

Fakta itu dikeluarkan oleh Menteri Kemajuan Desa & Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas melawat Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR) di sini. KIMAR adalah sebuah kompleks perusahaan yang dibangunkan oleh MARA yang menempatkan 19 lot kilang, 2 lot mini kilang dan ruang niaga yang menyokong pembangunan serta ekosistem industri halal negara. Ia terletak di Batu Caves Selangor.

- Advertisement -

(Kompleks Industri Makanan MARA – Foto MARA website)

Beliau mengambil contoh kejayaan yang diperoleh oleh Ayaq World, Fatihah Frozen, Izzly dan banyak lagi produk-produk usahawan desa hari ini, di mana ianya mampu menembusi pasaran antarabangsa.

- Advertisement -

Ahmad Zahid menggesa pihak yang berkaitan untuk berganding bahu memperkasakan ekosistem keusahawanan halal kerana potensi pasarannya yang besar.

Untuk rekod, MARA telah membantu seramai 12,500 usahawan di mana mereka menerima manfaat kemudahan keusahawanan melalui latihan, geran peningkatan, pembiayaan perniagaan dan penyewaan premis.

Usahawan-usahawan ini telah berjaya menjana jualan tahunan sebanyak lebih daripada RM2 bilion dan telah mewujudkan lebih 15,000 peluang pekerjaan.

Bagi Ketua Pegawai Pemasaran Jendela Biz, Haikal Ramli, pada masa yang sama, kerajaan harus membantu usahawan yang berjaya untuk mentransformasikan bisnes mereka ke arah digital.

“Arena global berkembang sangat pantas, jika usahawan kita yang berjaya di peringkat tempatan tetapi lambat dalam penguasaan teknologi digital, maka tahap daya saing mereka tidak seiring dengan syarikat-syarikat global lain”, katanya.

Untuk usahawan-usahawan desa menguasai teknologi digital merupakan suatu perkara yang sukar. Ini kerana menurut Haikal, ia melibatkan tenaga mahir dan kos di dalam membangunkannya.

“Sebab itu kerajaan perlu bekerjasama dengan syarikat teknologi dalam menyediakan platform digital lengkap kepada usahawan-usahawan ini, di mana agensi-agensi yang berkaitan boleh memainkan peranan yang sama di dalam memberi kemudahan dari segi pinjaman modal pembangunan digital atau geran bagi memperlengkapkan trnasformasi digital usahawan desa”, kata beliau lagi.

Baru-baru ini juga, Program Pendigitalan Usahawan Desa di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan penyertaan 1,000 usahawan.

Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata RM1.7 juta diperuntukkan untuk memberi pendedahan secara langsung dan praktikal mengenai pendigitalan perniagaan di bawah enam modul dengan kerjasama rakan-rakan strategik kementerian.

Beliau berkata, modul latihan program itu merangkumi pendigitalan kewangan, ‘point-of-sale’ atau gudang digital, pengurusan gerbang bayaran, akses internet yang optimum, aplikasi perkhidmatan ‘on demand’ dan platform e-dagang.

 

foto : Sosial Media Ahmad Zahid Hamidi & MARA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img