spot_img
spot_img

Johor dan Sarawak bersiap sedia kemungkinan banjir dalam 12jam akan datang

spot_img

KUALA LUMPUR, 28 Feb — Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengeluarkan notis kesediaan menghadapi kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam akan datang di beberapa daerah di Johor dan Sarawak jika hujan lebat yang ketara dan ribut petir berterusan.

JPS, dalam satu kenyataan hari ini, berkata amaran itu berdasarkan ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Sistem Panduan Banjir Kilat Asia Tenggara-Oceania (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.

Di Johor, ia melibatkan mukim Sungai Punggor di daerah Batu Pahat dan mukim Benut di daerah Pontian.

- Advertisement -

Di Sarawak, bagi bahagian Kuching kawasan yang terlibat ialah Jalan Laksamana Cheng Ho, Taman Bong Chin, Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lintang, Lorong Kapor 10, Ulu Maong, Happy Valley, Taman Evergreen, Simpang Menuju ke Capital Garden, Jalan Burung Durian, Jalan Batu Kawa, Desa Wira, Kampung Gita, Hospital Umum Sarawak, Jalan Batu Lintang, kawasan perumahan RPR Batu Kawa dan kawasan sekitar.

Bagi bahagian Samarahan, kawasan yang terlibat ialah Kampung Mang, Taman Residen, SK Muara Tuang, Kampung Tanjung Bundong, Taman Uni Garden, Kawasan Muara Tuang III, Kampung Empila, Kampung Tanjung Parang, Kampung Bangka Semong, Kampung Nuip dan kawasan sekitarnya.

Bagi bahagian Mukah pula melibatkan Pekan Daro, Saliran di Daro dan sekitarnya.

- Advertisement -

Menurut JPS, notis kesediaan dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk khususnya di kawasan berisiko berwaspada terhadap kemungkinan banjir kilat berlaku dalam tempoh itu.

Orang ramai boleh melayari laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PublicInfoBanjir dan JPS_InfoBanjir Twitter untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa.

Di Johor Baru, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Kebangsaan (PRABN) JPS mengeluarkan notis sama untuk empat daerah di Johor, mulai tengah malam ini.

“Di Johor Baru, kawasan berisiko banjir ialah Jalan Sungai Tiram, Kampung Kangkar Sungai Tiram dan kawasan sekitarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi daerah Kluang, kawasan terbabit ialah Kampung Mengkibol, Kampung Baharu, Sungai Kahang di Batu 26 Jalan Kluang, Pekan Layang-Layang, Kampung Orang Asli Sedohok dan kawasan sekitarnya.

Di daerah Kota Tinggi, amaran itu meliputi Kampung Semanggar, Kampung Sungai Telor dan kawasan sekitarnya.

Di Kulai, tempat yang berisiko banjir ialah Sungai Siam di Kampung Sungai Siam dan kawasan sekitarnya. — Bernama

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img