spot_img
spot_img

RM2 bilion bantu syarikat pemula teknologi

spot_img

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menyediakan dana pinjaman sehingga RM2 bilion bagi mendukung syarikat pemula teknologi lestari dan membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerapkan amalan rendah karbon.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan Khazanah Nasional Berhad akan menyediakan RM150 juta bagi merancakkan pembangunan projek mesra alam termasuk mendukung pasaran karbon dan penghutanan semula.

Selain itu, pelaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) ditambah baik dengan nilai jaminan dinaikkan kepada 3 bilion ringgit sehingga 2025.

- Advertisement -

Anwar dalam pembentangan Belanjawan 2023 turut memberitahu, kerajaan bercadang melanjutkan tempoh insentif Green Investment Tax Allowance (GITA) dan Green Income Tax Exemption (GITE) hingga 31 Disember 2025 dengan menambah baik tempoh galakan dari tiga kepada lima tahun bagi aktiviti hijau yang layak. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img