spot_img
spot_img

Cukai Pendapatan : Boleh mula hantar 1 Mac ini

spot_img

KUALA LUMPUR, 23 Feb — Pembayar cukai individu dan bukan individu boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai (BN) bagi Tahun Taksiran 2022 melalui e-Filing mulai 1 Mac ini, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam satu kenyataan hari ini, LHDN menasihatkan pembayar cukai menggunakan perkhidmatan e-Filing bagi tujuan mengemukakan BN melalui portal rasmi LHDN https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > ezHasil Services > e-Filing atau terus kepada MyTax; melalui portal https://mytax.hasil.gov.my/ atau aplikasi mudah alih.

Menurut kenyataan itu, ejen cukai digalakkan menggunakan perkhidmatan TAeF (https://taef.hasil.gov.my/).

- Advertisement -

Kenyataan itu juga mengatakan bahawa pembayar cukai berdaftar yang log masuk ke sistem e-Filing buat kali pertama perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu melalui MyTax > Select Identification Type > No. Pengenalan > serahkan dan pilih e-KYC (Mobile) atau e-CP55D (portal).

Maklumat lanjut mengenai program e-Filing BN bagi Tahun Taksiran 2023 boleh didapati di portal rasmi LHDN atau klik pada pautan berikut untuk akses pantas: Versi Malaysia: https://www.hasil.gov.my/media/mpofkuqz /programmemfailbn_2023.pdf Versi Bahasa Inggeris: https://www.hasil.gov.my/media/esmb4pd1/rfilingprogramme_2023.pdf.

 

- Advertisement -

Sumber : Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img