KUALA LUMPUR, 22 Feb — Ketua menteri dan menteri besar dari enam negeri yang akan mengadakan pilihan raya tahun ini secara tentatif bersetuju untuk mengadakan secara secara serentak pada Jun tahun ini, kata Datuk Seri Amiruddin Shari.
Menteri Besar Selangor itu berkata beliau telah bertemu dengan rakan sejawatannya dari Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk membincangkan perkara itu di waktu berasingan semasa mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini.
Menurut beliau lagi, persefahaman ini perlu dibincangkan oleh pihak masing-masing sebelum dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, Yang diPertuan Besar dan, Tuan Yang Terutama bagi negeri-negeri atas perkenan mereka.
Semasa pilihan raya umum ke-15 tahun lepas, enam negeri tersebut yang diperintah oleh kerajaan PH dan PAS enggan membubarkan dewan undangan negeri mereka dengan alasan banjir monsun.
Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu mesti mengadakan pilihan raya mereka tahun ini kerana dewan undangan negeri mereka semuanya akan tamat secara automatik menjelang separuh kedua 2023.
Keputusan PRU15 lalu meyaksikan pertama kali dalam sejarah negara di mana Parlimen tergantung kerana tiada parti atau gabungan yang memenangi minimum 112 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Kebuntuan itu akhirnya diselesaikan dengan pembentukan kerajaan campuran dengan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Foto : Facebook Amiruddin Shari