KUALA LUMPUR: Senarai Surat Setuju Terima (SST) di bawah projek kontroversi Jana Wibawa didapati dikaitkan dengan ahli keluarga pemimpin tertinggi politik, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Dalam jawapan bertulis parlimen, beliau berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat kes berkaitan isu tender terus, termasuk inisiatif Jana Wibawa, yang terdiri daripada projek pembangunan dan infrastruktur.
“Sebanyak 56 projek telah menerima Surat Setuju Terima (SST) dan nilai keseluruhan projek berjumlah RM6.3 bilion.
“Bagaimanapun, beberapa senarai SST yang telah dikeluarkan menunjukkan kaitan dengan ahli keluarga pemimpin tertinggi parti politik tertentu,” katanya.
Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah dan nilai projek yang terlibat dalam sebarang bentuk dakwaan salah guna kuasa, terutamanya tender rundingan terus dan tindakan yang diambil untuk menangani isu itu. .
Tambah Azalina, terdapat beberapa projek lain yang masih disiasat SPRM.
Baru-baru ini, bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah direkodkan kenyataannya oleh SPRM.
Muhyiddin menafikan beliau sebagai suspek.