JOHOR BARU, 22 Feb — Seorang ahli perniagaan berusia 65 tahun hari ini dibicarakan atas sembilan pertuduhan rasuah kerana menerima rasuah RM12.875 juta berhubung program Jana Wibawa kerajaan pada 2022, di Mahkamah Sesyen di sini.
Datuk Teo Wee Cheng mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di mahkamah sesyen di sini di hadapan hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Pertuduhan terhadapnya adalah kerana didakwa menerima rasuah untuk dua projek jalan raya di Felda Waha di Sedili, Kota Tinggi dan Tenang Stesyen di Segamat yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.
Semalam dan hari ini kes pertuduhan Jana Wibawa telah dibacakan dihadapan tertuduh Datuk Wan Saiful Wan Jan dan CEO sebuah syarikat Adam Radlan.
Kes Jana Wibawa : Adam Radlan didakwa lagi dengan 2 pertuduhan baru
Tan Sri Azam Haki hari ini juga berkata siasasatan kes Jana Wibawa masih diteruskan dan SPRM akan memanggil lagi menteri serta pegawai kerajaan yang terlibat.
Jana Wibawa adalah program inisiatif kerajaan PN di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Covid19 melanda negara bagi merancakkan lagi kelembapan ekonomi melalui pemberian projek kepada kontraktor-kontraktor bumiputera.