Siapa kata menyimpan kereta merupakan liabiliti ? Ya lihat jenis kereta anda kerana kebanyakkan pasti akan susut nilai sejurus keluar dari showroom sahaja.
Tetapi tidak dengan model-model JDM (Japanese Domestic Model) dari era akhir 80an hingga awal tahun 2000. Model ini kini menjadi buruan golongan hartawan dunia untuk dijadikan koleksi. Tidak hairan negara kita juga terkena tempias akibat kenaikan harga model-model ini yang menggila !
Terbaru sebuah jentera Nissan GTR 33 NISMO 400R LM untuk dijual jika anda layak, minat sahaja tidak cukup. Harganya akan membuatkan syarikat pengeluar kereta ultra mewah seperti Bugatti akan ‘menepuk dahi’ mereka.
Model khas ini hanya dihasilkan 40 unit sahaja pada tahun 1996 dan pernah dijual mencecah rekod RM10juta ($2.2 million).
Tetapi model yang dijual ini lebih istimewa kerana ia hanya 1 daripada 1 dihasilkan; keluaran khas Le Mans dan NISMO 400R Edition Nissan Skyline GT-R R33 Vspec!
Kondisi kereta ini sangat cantik luar dan dalam seperti kenderaan baru, seolah-olah pemiliknya dapat tahu di masa hadapan ia akan dapat dijual semula dengan harga jutaan dolar.
Kereta ini tidak pernah diubah suai atau melalui sejarah pembaikan. Pemilik asal kenderaan ini juga akan menyertakan semua rekod servis kenderaan ini dan ia hanya melalui 56,770km perjalanan sahaja sejak tahun 1996.
Jika anda mengidamkan kenderaan ini untuk berada di depan mata anda (tidak sanggup nak pandu di jalan raya Malaysia dengan harga sebegitu rupa), ia dijual pada harga 1,180,000 USD!
Penghantaran ke seluruh dunia dijamin. Semak foto-foto jelas untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang kereta ini, dan jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami jika anda berminat ☺️