spot_img
spot_img

Doktor berkurangan, hospital sesak, kerajaan masih belum bertindak

spot_img

PETALING JAYA: Kerajaan tidak boleh memberikan alasan ketiadaan wang untuk menyelesaikan isu doktor kontrak. Kementerian kesihatan perlu menyelesaikan isu yang berlarutan setelah bertukar beberapa menteri, masih tiada penyelesaiannya. Adalah mustahil kerajaan sanggup membelakangkan nyawa rakyat jika sistem kesihatan negara di mana tonggaknya ialah para doktor dinafikan kebajikan mereka atau sekurang-kurangnya membantu mengurangkan kegusaran masa hadapan mereka.

Sistem kesihatan awam kini semakin kritikal kerana dilaporkan banyak hospital kerajaan berdepan masalah kekurangan petugas apabila seorang doktor kini perlu merawat 1,000 pesakit. Punca kekurangan pegawai perubatan disebabkan lebih 514 doktor kontrak berhenti kerja pada tahun lalu kerana kecewa kerajaan lambat menyelesaikan isu kebajikan dihadapi sebelum ini dan mahu mencari peluang cerah di luar negara atau hospital swasta berbanding berkhidmat di tanah air sendiri.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa di Dewan Rakyat dilaporkan berkata, pihaknya memang mahu menyerap semua kakitangan kesihatan termasuk petugas kesihatan kontrak menjadi kakitangan tetap, namun mengakui kerajaan berdepan kekangan ketiadaan dana dan keterbatasan perjawatan.

- Advertisement -

Desakan untuk menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan juga disuarakan oleh pihak berkenaan dan perlu disegerakan kerana rancangan itu sudah lama namun sehingga kini belum nampak hasilnya walaupun Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memberitahu, akan dibentang di Parlimen dalam masa terdekat.

Masalah utama kini ialah kekurangan doktor hospital berterusan mengalami kesesakan walaupun telah bertukar menteri beberapa kali.

- Advertisement -

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img