spot_img
spot_img

Sah Muhyiddin telah beri keterangan di SPRM, juga aset & harta bekas Menteri diburu

spot_img

PETALING JAYA: Kertas siasatan membabitkan wang RM300 juta disyaki diterima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada dana di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19 dipercayai di fasa terakhir untuk dilengkapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia dan dipetik, keterangan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diambil SPRM semalam manakala keterangan beberapa pemimpin tertinggi parti berkenaan juga telah diambil sebelum ini.

“Kertas siasatan berkenaan telah dilengkapkan dan keputusan akan dimuktamatkan dalam masa terdekat sama ada saranan untuk mempertimbangkan pertuduhan atau tidak terhadap beberapa individu,” kata sumber itu secara ringkas.

- Advertisement -

Kata sumber, Muhyiddin hadir memberi keterangan dari sebelah pagi sebelum selesai tengah hari di Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Setakat ini, kedua-dua akaun membabitkan parti ini masih dibekukan,” jelasnya.
Laporan Utusan Malaysia pada Isnin lalu, mendedahkan kertas siasatan yang dibuka SPRM berhubung dana akaun Bersatu akan selesai dalam tempoh seminggu atau dua minggu akan datang.

Beberapa kertas siasatan telah dibuka, ada yang sudah lengkap dan dalam perbincangan dengan Timbalan Pendakwa Raya.

“Proses ini akan mengambil masa lama kerana perlu melalui proses perundangan di negara terlibat.
“Setakat ini, keterangan sembilan individu telah diambil SPRM termasuk seorang bekas menteri bagi menjelaskan aset dan pelaburan seperti yang didedahkan Pandora Papers yang dikaitkan dengan mereka,” kata sumber itu.

Kelmarin akhbar ini melaporkan beberapa ‘taikun perniagaan’ terkemuka dipanggil SPRM dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Pandora Papers mengenai dakwaan memiliki akaun, syarikat atau firma pemegang amanah di luar pesisir di luar negara.

Beberapa bukti dan butiran kewangan dari negara luar juga sedang dalam proses diperoleh SPRM sebelum maklumat itu diteliti sama ada terdapat kesalahan di Malaysia atau tidak.

Seorang bekas Menteri Kewangan yang diambil SPRM selepas beliau disyaki menyimpan kekayaannya di luar negara hasil daripada syarikat perkhidmatan ‘offshore’ milik dirinya dan keluarga.

Fokus siasatan SPRM pelbagai sudut termasuk mengesan aset-aset dan pelaburan yang dikaitkan pemimpin itu dan keluarganya di luar negara kemungkinan ia hasil daripada projek-projek kerajaan.
Setakat ini tiada pembekuan akaun dilakukan.

Menerusi pendedahan Pandora Papers, dua individu dari Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir untuk menyimpan kekayaan mereka.

Sumber : Utusan Malaysia

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img