spot_img
spot_img

Kamera badan polis akan dipercepat perolehan – Saifuddin

spot_img

PUTRAJAYA: Penggunaan kamera badan pada anggota polis perlu dilaksanakan segera.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia perlu dilakukan tanpa berkompromi dengan prinsip ketelusan dalam urusan perolehannya.

Ketika ini, katanya, perolehan perkakasan itu belum dilaksanakan kerajaan.

- Advertisement -

“Arahan saya mudah iaitu ia perlu dilakukan secepat mungkin tanpa berkompromi dengan semua prinsip ketelusan dalam urusan perolehan.

“Buat masa sekarang belum lagi, perolehan beli kamera belum dibuat. Sekarang di peringkat menentukan spesifikasi dengan kesesuaian kita,” katanya pada sesi libat urus bersama media di sini, malam ini,

Saifuddin berkata, peruntukan memperoleh kamera badan sudah ada dan penggunaannya kelak mampu memudahkan pengumpulan bahan bukti selain meningkatkan integriti pasukan polis.

- Advertisement -

“Anggota sedar mereka diawasi oleh peralatan itu, maka sebarang manipulasi oleh mana-mana pihak juga dapat dikawal,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, mempersoalkan pelaksanaan kamera badan yang sepatutnya disediakan untuk kegunaan anggota polis yang bertugas dua tahun lalu.

Perkara itu dibangkitkan susulan tindakan polis menyerbu sebuah premis hiburan ‘underground’ di Pulau Pinang dan penganjurnya ditahan lebih 12 jam kerana tidak mempunyai lesen persembahan.

Insiden itu tular di media sosial selepas diulas beberapa pemuzik dan pencinta muzik dalam dan luar negara.

Disember lalu, Saifuddin mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi menyegerakan perolehan kamera badan untuk kegunaan polis.

Sumber : Berita Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img