spot_img
spot_img

Zahid tidak pernah minta kesnya digugurkan – PM

spot_img

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah meminta kes mahkamahnya yang sedang berjalan digugurkan.

Dalam temu bual eksklusif dengan PBS Thai, Anwar memuji presiden Umno itu kerana tidak campur tangan dalam proses kehakiman.

“Setakat ini, dia tidak pernah campur tangan. Kita perlu melalui proses itu. Dia tidak pernah meminta saya menggugurkan kes yang dihadapinya sekarang,” katanya dipetik sebagai berkata.

- Advertisement -

Anwar berkata demikian ketika ditanya bagaimana beliau, sebagai pengerusi gabungan Pakatan Harapan (PH) yang berjuang menentang rasuah, boleh bekerjasama dengan Zahid yang berdepan pertuduhan rasuah.

Perdana menteri menegaskan tadbir urus yang baik kekal sebagai agenda kerajaan perpaduan, yang perlu dipatuhi Zahid.

Zahid, kini sebagai menteri pembangunan luar bandar dan wilayah, didakwa atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana yayasan amal Yayasan Akalbudi.

- Advertisement -

Sementara itu, Anwar menegaskan adalah tidak wajar pihak tertentu memburuk-burukkan seseorang sedangkan sistem itu sudah rosak.

“Apabila mereka menjadi pembangkang, mereka membangkitkan isu rasuah setiap hari, tetapi mereka masih memberikan kontrak bernilai RM100 juta kepada menantu dan kroni mereka. Jika mahu menanganinya, lakukan secara telus,” katanya.

Selain tadbir urus yang baik, Anwar berkata mengemudi negara daripada rasuah adalah antara perjanjian yang dibuat antara PH dan Barisan Nasional ketika ia membentuk kerajaan perpaduan.

Beliau berkata kedua-dua gabungan itu sedar dan bersetuju bahawa negara memerlukan kestabilan politik untuk melakar masa depan baharu.

“Ketidakstabilan politik akan membunuh negara dari segi politik dan ekonomi.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tiada apa yang bergerak. Tiada dasar atau hala tuju dan kerana itu, pemimpin mengambil peluang untuk mensia-siakan banyak perkara,” katanya dilaporkan berkata.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img