spot_img
spot_img

KKDW peruntuk RM1.7 juta laksana program pendigitalan usahawan desa

spot_img

PETALING JAYA: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM1.7 juta untuk Program Pendigitalan Usahawan dengan menyasarkan 1,000 usahawan mendigitalkan perniagaan mereka.

Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, inisiatif melalui platform DesamallĀ itu adalah strategi di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluaskan Pasaran Termasuk Perniagaan Dalam Talian (ECommerce).

Beliau berkata, modul latihan program Pendigitalan Usahawan Desa Desamall itu merangkumi pendigitalan penyediaan kunci kira-kira, pengurusan stok di gudang dan di kedai, pengurusan gerbang pembayaran, akses internet yang optimum dan kemahiran-kemahiran lain berkaitan perniagaan.

- Advertisement -

ā€œKita lihat pelbagai program keusahawanan diketengahkan bagi membantu usahawan kecil menjalankan perniagaan dalam talian melalui platform e-dagang, memahami kebolehpasaran produk dan khidmat dalam strategi penjenamaan,ā€ katanya pada majlis perasmian Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 1/2023 di Putrajaya.

Menurut Ramlan, program itu telah diperkenalkan pada 2022 dan sebanyak tiga siri program dilaksanakan di Putrajaya, Pulau Pinang dan Sabah yang memanfaatkan seramai 706 usahawan di bawah program pendigitalan usahawan tersebut.

Katanya, sehingga 31 Disember 2022, jumlah jualan terkumpul melalui program Desamall adalah sebanyak RM5.169 juta dan Stock Keeping Unit (SKU) sebanyak 28,255 di semua platform eDagang.

- Advertisement -

ā€œManakala, seramai 4,070 usahawan desa menyertai program Desamall dan memasarkan produk secara dalam talian di platform e-Dagang,ā€ katanya.

Tambah beliau, KKDW melalui program Desamall sentiasa progresif memanfaatkan teknologi bagi memastikan inisiatif ini terus kekal relevan serta lestari bagi memenuhi keperluan usahawan terutamanya di luar bandar.

ā€œSecara am, kuasa digital mencetus fenomena baharu keusahawanan. Kemahiran berniaga dalam memasarkan produk dan perkhidmatan secara talian melalui platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, Youbeli memberi ruang untuk usahawan meneroka lebih jauh,ā€ jelasnya.

Whatā€™s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img