spot_img
spot_img

Elon Musk serius mahu beli Manchester United

spot_img

MANCHESTER: Elon Musk sekali lagi mahu mengambil alih Manchester United menerusi bidaan 4.5 ­bilion pound (RM23.77 bilion).

Semua pihak yang berminat untuk membeli United perlu mengemukakan tawaran rasmi kepada keluarga Glazer pada tarikh akhir, hari Jumaat ini. Keluarga Glazer memiliki berpuluh-puluh pusat beli-belah di seluruh Amerika Syarikat. Pada tahun 1995, Glazer membeli pasukan Liga Bola Sepak Kebangsaan Tampa Bay Buccaneers untuk rekod NFL ketika itu $192 juta. Malcolm Glazer pertama kali mempunyai pemilikan Manchester United dalam bidaan pengambilalihan £790m pada 2005 dna kini menguasai 90% kepentingan dalam kelab ternama itu.

- Advertisement -

MU kini dalam proses untuk dijual, sama ada secara penuh atau sebahagian besar pegangan saham Glazer, bermakna mereka akan memiliki rakan kongsi baharu.

Musk yang pernah meme­gang takhta manusia terkaya dunia berminat untuk melabur dalam kelab yang memiliki 20 gelaran Liga Perdana Inggeris itu.

Pada Ogos 2022, Musk pernah menyatakan hasrat untuk membeli United tetapi kemudian menjelaskan itu cuma gurauan.

- Advertisement -

Begitupun kali ini, nadanya berbeza, dan pengasas Tesla itu benar-benar serius mahukan MU, malah memantau rapat perkembangan di Old Trafford berkaitan dengan potensi pembeli kelab itu.

Musk bagaimanapun bukan calon tunggal yang berminat untuk membeli MU. Sebelum ini, orang terkaya Britain, Sir Jim Ratcliffe secara terbuka menunjukkan minat serius untuk membeli kelab itu.

Beberapa pelabur Amerika Syarikat dan kumpulan pelabur yang berpangkalan di Qatar juga bersedia membuat bidaan.

Terdapat juga laporan me­nyatakan konsortium Arab Saudi berminat mendapatkan MU, malah langkah mereka disokong kerabat diraja Saudi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img