spot_img
spot_img

Hadi masih memainkan isu kaum & agama dalam mengkritik kerajaan perpaduan

spot_img

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih lagi mengetengahkan naratif kaum dan agama dalam kritikan kepada kerajaan perpaduan sekarang dengan mengatakan bahawa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada majoriti bukan Islam.

Dalam serangannya yang seolah-olah memusatkan perhatian kepada PH seamta-mata, Abdul Hadi bagaimanapun tidak menyebut komponen lain dalam kerajaan semasa — seperti Barisan Nasional (BN) — yang mempunyai ahli parlimen beragama Islam.

Secara keseluruhannya, kerajaan perpaduan mempunyai lebih ramai ahli parlimen beragama Islam daripada yang beliau kritikkan.

- Advertisement -

Dalam artikel yang dimuatkan dalam surat berita PAS Harakah Daily hari ini, Hadi mendakwa PH kini menerajui kerajaan perpaduan dan ahli parlimen PH didominasi oleh bukan Islam, dengan mengatakan bahawa 50 daripadanya bukan Islam dan hanya 31 orang Islam.

Hadi mendakwa bahawa gelaran “kerajaan perpaduan” digunakan kepada kerajaan Anwar Ibrahim itu adalah tidak tepat kerana tiada pembangkang langsung di dalam kerajaan.

Dalam kenyataannya di lidah rasmi PAS itu lagi, beliau menggelar kerajaan ini ialah ‘kerajaan campuran’ kerana bercampur dengan pelbagai ideologi seperti golongan liberal, ekstremis berhaluan kiri atau kanan, serta oportunis. Juga turut ada dalam kerajaan hari ini menurut Hadi ialah mereka yang dipertikaikan integritinya seperti bekas banduan, kluster mahkamah, kronisme dan nepotisme.

- Advertisement -

Pada 30 November tahun lepas, Malaysiakini telah memasukkan carta komposisi ahli Parlimen kerajaan yang dikira 148, yang menunjukkan 50 orang Melayu, 27 orang Bumiputera Islam dari Malaysia Timur, 43 orang Cina, 16 orang Bumiputera bukan Islam dari Malaysia Timur, 12 orang India dan lain-lain lagi. Bumiputera.

Portal berita itu menyatakan bahawa sebenarnya terdapat komposisi “seimbang” ahli parlimen kerajaan dari segi pegangan agama, dengan 52 peratus ahli parlimen kerajaan adalah beragama Islam dan baki 48 peratus lagi bukan Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Februari berkata gabungan PH yang dipimpinnya sebenarnya mempunyai 31 peratus sokongan daripada pengundi Melayu di seluruh negara dan bukannya hanya 11 peratus seperti yang didakwa, berdasarkan analisis data awal saintis data.

Selepas PRU15 pada 19 November 2022 di mana PN yang dianggotai PAS, yng merupakan parti terbesar dalam gabungan itu gagal mendapat sokongan bilangan ahli parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, gabungan itu akhirnya menjadi Pembangkang di parlimen. Sejak itu PAS dilihat kerap mengambil kesempatan dan menyerang kerajaan semasa terutamanya dari segi kaum dan agama Islam.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img