KUALA LUMPUR, 12 Feb — Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan untuk berehat daripada dunia politik, berkata beliau perlu mencorak kembali arah tujunya (jika ingin kembali aktif).
Selepas gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada pilihan raya umum ke-15 tahun lepas, bekas menteri kanan diwar-warkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) untuk menjadi menteri besar Selangor tahun ini.
Bagaimanapun, Azmin telah menghentikan khabar angin tersebut, dengan mengatakan bahawa dia sedang berehat panjang daripada dunia politik. Azmin tweet di akaun Twitter bahawa beliau akan tetap berkhidmat untuk negara dan rakyat.
Azmin telah menjadi tokoh utama dalam politik Malaysia sejak tiga tahun lalu, selepas beliau memainkan peranan utama dan berpaling tadah daripada PKR dengan menyokong kumpulan yang menumbangkan kerajaan Perdana Menteri ke 7, Tun Dr Mahathir melalui “Langkah Sheraton” pada tahun 2020 lalu.
Beliau menjadi pemimpin kanan sekali dalam kerajaan Perdana Menteri ke 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menjadi perdana menteri akibat daripada Langkah Sheraton itu.
Selepas Muhyiddin dijatuhkan oleh UMNO, Azmin terus memainkan peranan yang lebih tinggi dalam pentadbiran Perdana Menteri ke 9 iaitu Datuk Seri Ismail Sabri, di mana beliau sekali lagi dilantik sebagai menteri kanan bagi sektor ekonomi.
Namun pada PRU15 lalu, Menteri Besar Selangor, Amirudin telah memenangi Parlimen Gombak dengan majoriti hampir 13,000 undi, menyebabkan Azmin tidak lagi menjadi ahli parlimen yang disandangnya sejak 2008.