spot_img
spot_img

Soal Jawab road tax tidak perlu lekat di cermin kereta

spot_img

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Susulan pengumuman pagi ini bahawa pelekat cukai jalan tidak lagi digunakan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke ini adalah Q&A tentang soalan-soalan yang ditanya.

S: Adakah wajib download apps ? Kalau telefon tiada bateri atau tiada line kan susah ?

J : Bagi pengguna kenderaan yang tidak perlu lagi mempamerkan pelekat cukai jalan, mereka hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih MyJPJ untuk menyemak status kesahihan. Bagaimanapun, ia adalah tidak wajib untuk memuat turun aplikasi itu. Ia adalah pilihan untuk mendapatkan salinan digital cukai jalan dan lesen memandu.

- Advertisement -

S : Habis bagaimana polis atau trafik nak sahkan kita ada lesen atau cukai jalan ?

J : Pihak berkuasa boleh mengesahkan status cukai jalan dan lesen memandu melalui sistem pada peranti pegawai penguat kuasa. Pengguna jalan raya tidak akan didenda jika sah lesen dan cukai jalan.

S : Jadi salinan digital tidak wajib ?

- Advertisement -

J : Format digital tidak wajib. Anda masih boleh mendapatkan pelekat cukai jalan dan lesen fizikal daripada JPJ jika perlu.

Anthony Loke menjelaskan bahawa sistem itu masih baharu dan mengalami trafik yang tinggi. Beliau sedar bahawa sebarang proses yang melalui perubahan, ia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Ada pihak yang tidak bersetuju dengan perubahan itu. Namun beliau dan pasukannya di Kementerian Pengangkutan dan JPJ bertekad akan cuba perbaiki sebarang kelemahan yang timbul semasa proses peralihan ini.

Semua ini adalah langkah permulaan daripada sebahagian rancangan pendigitalan JPJ bagi lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu.

Pemilik kenderaan boleh mendaftar untuk akaun JPJ di https://public.jpj.gov.my/ atau aplikasi telefon MyJPJ untuk mengakses lesen kenderaan bermotor digital dan lesen memandu.

Loke menambah, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan, yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi.

Perubahan itu akan dilakukan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal, tambahnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img